<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/750938006149678759?origin\x3dhttp://kejuatasroti.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Thursday, September 17, 2009

manusia dan nafsu? @ 4:32 PM

mmmmmph, balik lagi! (:

sudah lama aku menghilang, jadi minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki ya kawan-kawan? kalau tak mahu, er... demi hari raya boleh? hehe. :P sayang kamuuuu. ngeheheh. mm, percubaan sudah habis. cuma tinggal kertas agama saja. aduh, letih. tahu tak, kalau bukan sebab ustaz terbocor soalan semalam pada waktu agama aku mungkin sudah boleh buat kertasnya hari ni. tapi tidak, namun tak mengapa.

semalam dalam kelas agama aku tanya macam-macam pada ustaz. pasal angin ahmar lah, pasal berzikir lah. maklumlah, sudah lama tidak berjumpa dengan dia, rindu menanyakan dan dijawabkan soalan-soalan aku yang sungguh remeh-temeh tapi penting demi menjaga keimanan dalam diri.

aku hipokrit! bercakap macam ini macamlah aku baik sangat. huhu.

hm, semalam, aku tanya ustaz pasal nafsu. ustaz kata, kalau tidak tahan, puasa. ironinya, macam mana nak puasa waktu malam? ustaz senyum mendengar persoalanku, namun dia kata dia akan memberitahu kemudian pada esok hari. aduh, sakratul maut akan menimpa diri aku pada bila-bila masa. satu sebab saja aku tidak minta putus lagi sama dia. apa? nak tahu? hahaaaaa. :D

semalam malam aku pergi ke majlis berbuka puasa di sekolah. selain mengakhiri pembacaan al-Quran pada sebelah petangnya, jamuan buka puasa dilakukan sebaik saja azan berkumandang. selesai solat maghrib didirikan, baru kami semua membuat laluan masing-masing ke kantin untuk menjamah nasi. lauknya lauk harian: kari ayam, ikan, sambal, ulam-ulaman, sayur tauge disertai buah tembikai. air yang disediakan hanya air teh juga air sirap. mmmm. agak tawar tapi sedap. macam mana tu? heee.

baru-baru ini aku tergilakan cerita taiwan- why why love. bukan apa, tapi hubungan antara watak hero dan heroin amat menggumbirakan jiwa. hehe. apa lagi bila aku kadang diingatkan bagaimana hubungan aku bersama az. sangat menyakitkan hati, tapi aku tak tahu mengapa aku tidak boleh tinggalkan dia. diam, jangan nak menilai. aku tak menilai kamu orang pun?

konversi aku dan az pada waktu malam kadang sungguh menyedihkan aku. patutnya aku berhenti. dengan kata-kata ini, aku akan berhenti. saat ini juga! cayok cayok! yayyy. hehe.bibirku sakit, aku tidak henti-henti menggigitnya. grr, sara, kau ni memang... er, apa ek?

semenjak duamenjak ini aku asyik membebel perkara tidak keruan. tidak masuk akal. kalau random tu lain, yang ini kes bukan random. ini bukan aku! huhu. oh ya, tadi aku ambil kertas seni. sungguh menyeksakan hendak mengecat. aku lukis pemandangan di venice, sungguh cantik, sungguh indah- tapi menyusahkan! nanti aku scan masuk dekat sini, biar didpaparkan ke seluruh dunia betapa sukarnya hendak mencatan venice ini. waaaa! habis satu hari persekolahan aku bazirkan dengan hanya mencuba. sampai jadi tertekan. selesai itu, aku tukar gambar menggunakan imaginasi aku yang sungguh terhad ini. aku beru sedar sekarang betapa pentingnya photoshop dan internet kepada aku. juga microsoft words kerana membantu aku untuk mengeluarkan idea-idea di dalam kepala serabut aku ini untuk aku insya-Allah satu hari nanti terbitkan jadi buku. weeeee. hehe.

baiklah, sudah panjang melebar ini, nanti kamu orang terliur pula pada kekunci komputer. wakakakaa.

.selamat datang

hai orang yang tak ku kenali mahupun yang aku kenali, namaku Sarah. namun demi mengelakkan kekeliruan daripada berlaku, maklumlah dunia ini luas, maka digalakkan memanggil dengan ejaan Sarra atau Saraa atau Sara atau... ya, sudah jelas kan? orang kata, aku ini seorang yang baik tapi aku menafikan fakta itu kerana aku hanya seorang manusia biasa. aku kepunyaan seorang lelaki bernama Azeri, dan aku sayang dia, walaupun dia bukan teman lelaki aku. noktah.

.profil

tujuhbelas, desarian, merasakan diri ini sempurna dalam kepelikan, suka menyindir, dan gemar mencabuli penggunaan emotikon (: di setiap penghujung ayat.

.teman celoteh

Amar Amer Fateen Dayana Hafidzi Haris Hazirah Imaan Qisti Sarra Sue Yen Yong Sofea Zafran Zulkarnain

.diari

July 2009, August 2009, September 2009, October 2009, November 2009, December 2009, January 2010,

.layout

infravermelho