<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/750938006149678759?origin\x3dhttp://kejuatasroti.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Monday, August 31, 2009

aku tak negatif @ 12:54 AM

mmmm, sudah lama aku tidak update blog aku ni. sampai berhabuk sudah. huhuuu. maaflah, sibuk. mentang-mentang cuti, mummy tak boleh rehat! sejak hari rabu aku duk berkemas rumah. semalam (hari ahad) baru mula cat rumah. hari ni aku ada tusyen jam sembilan, tapi ah! aku tak nak tido lagi! nak cakap dengan az. nak sembang ngan dia, sebab dialah yang dapat dodoikan aku sampai aku tertidur. kononnya suara dia merdu, tapi entah lah. memang kalau aku tak dapat tidur aku telefon dia. cepat sikit nak lelap. kalau tak... sampai sahur pun jangan haraplah aku nak tutup mata.

dari pukul 12 tadi aku telefon dia, tapi fon dia masih mati. tak guna. sengal. sekarang dah pukul satu. uhuk. sedih betul tak tidur lagi. walau badan letih macam mana pun, mata aku tetap berdegil.

entah apa yang az kata syok sangat baca blog melayu aku. mungkin banyak pasal dia kot. mmm, mamat mana yang tak bangga? hahahaaaa.

sebaik saja aku log in, dashboard aku penuh dengan update dari blog teman-temanku. maafkan aku kawan-kawan. aku sibuk! hari raya nak menjelang, dan dia pun akan datang, jadi rumah mesti cantik! hahaha. tak adalah, dia datang ke, perdana menteri datang ke, sultan malaysia datang ke... aku tak akan mengambil inisiatif untuk mencantikkan rumah aku. biar aku seroang saja yang nampak cantik. wakakaka. Astaghfirullah. riakriak! ahh, tak!

aku sudah tiga minggu tak pegang pen. buku pun buka buku add maths, padahal periksa add maths la yang terakhir untuk percubaan. apalah yang tak kena dengan aku? entah. aku tak ambil periksa bahasa melayu, english, pendidikan islam juga sejarah. terpaksa ambil dua minggu lagi. sudah lah kena tambah seni dan sastera inggeris. aduh. aku tak kisah. tapi itulah, aku tak baca apa-apa lagi. sudah tu mereka kata agama dan sejarah susah. ugh. aku tak ada kesempatan mahu baca kimia dan fizik. mummy kata aku cuti-cuti ini tak baca buku pun, tapi macam mana nak baca? asyik ikut perintah dia nak kemas rumah. tak nak buat nanti takut jadi anak derhaka. dilema betul!

1.05 pagi sudah. dia tak jawab-jawab lagi. haih, sebelum aku tidur nanti aku akan telefon dia untuk kali terakhir. selalunya bila aku dah tak ada mood, baru membuat keputusan untuk telefon dia buat terakhir kalinya, dia pula angkat. mm, bagus lah. entah macam mana aku nak tipu situasi otakku pun tak tahu.

adik jojie buat post pasal otak kuning. aku membacanya hanya tergelak-gelak. sudah tu tengah malam ni. mak aku kalau dengar nanti akan berkata, "kau ni buang tabiat apa? kena rasuk ka?" hahahaha. betul! aku baca terkenang pula aku pada zaman tingkatan satu aku. terutama dengan hakim dan semua lelaki yang memang ada wayar putus dalam akal fikiran mereka. macam gila. tak habis-habis topik sama.

sekarang pun lebih kurang, cuma aku banyak berkata begitu bersama sonia dan rachel. iman pula hanya dapat menggeleng kepala.

az lagi lah. tengok muka pun dah tau dia ada otak kuning. hahhaha.

nin, nat, sam dan carols (rakan-rakan rp ku) pula suka membuat aksi lucah. aku pun apa lagi, lompat sekaki dalam konversi. hahaha. tapi sekarang tak lah. aku sudah malas nak ambil port, bak kata az. (:

yalah, mungkin sebab persekitaran aku kot yang membuatkan aku menjadi sebegini nakal. huhu, tak boleh. mesti insaf. tapi bila dengan az, apa pun tak nak jadi. mesti ada ja yang tak kena. nak insaf pun, aduh. nasib baik aku dapat kurangkan kadar kenakalan aku, walaupun dia begitu tegas dengan apa yang dia mahu. huhu. padan muka kau sarah. kau yang mulakan dulu. bodoh. uhukhuk.

mm, aku suka az. aku sayang az. tapi... bila masuk soal kahwin ni. dulu aku sudah bersiap sedia hendak masuk alam perkahwinan. namun sekarang aku berfikir dua kali. aku nak kahwin ni sebab aku takut aku nanti menghampiri zina. dengan melihat graf tahap kenakalan aku pun dah tahu. eeesh, soalnya. dia tu betul kah? dia tu sudah sedia kah? kalau kita berduadua buat solat sunat istikharah dan apa yang dilihat dalam mimpinya bukan jawaban yang memberangsangkan, sanggupkah dia untuk ucap kata putus?

sanggupkan aku untuk ucap kata putus?

iman aku kurang mantap. aku tak hendak, aku tahu aku akan menangis nanti kalau aku terpaksa. ini semua kehendak Allah. aku harap dia faham. kak asna kata aku dengan dia cinta monyet saja. aku pun rasa begitu. aku tak nak bagi dia banyak harapan. aku sudah tersilap langkah, aku tak tahu apa yang aku telah buat yang menggalakkan dia untuk terus menyayangi aku. bukan soal aku nak dia sayang aku atau tidak, tapi itulah. dilemaaaa! aku nak dia sayang aku, aku nak sayang dia. halangan saja yang buat semua ini sungguh menyukarkan!

ah, redah sajalah. ini semua otak letih aku yang keluarkan idea bukan-bukan. ayang jangan ambil hati tau?

Friday, August 21, 2009

hujung rambut hujung kaki @ 12:20 PM

maaf sebab lama menghilang. aku jatuh sakit, tapi malas nak menceritakannya di sini. nak tahu lebih lanjut, layari ladysarra.xanga.com (:

mereka semua sudah mengambil percubaan spm. aku ni, masih terperap di rumah. sudah begitu, termasuk minggu depan, aku sudah tiga minggu tidak pergi ke sekolah. lebih kurang sebulan. dahsyat sungguh hidup aku tahun ini. putus dengan frank, kecewa dengan kehidupan, bangun balik dan dapat az. dapat zarith. dapat am, tapi aku tak nak. dapat influenza a, berjaya membuat adik bongsu ku sakit, dapat membuat mummy rasa sakit hati, dapat segala yang aku hanya sebelum ini boleh berharap untuk dapat. bodoh. sebelum aku dengan az, tak ada siapa yang datang mencari. hanya membiarkan aku seorang diri bagai pelanduk yang terluka.

bodoh, memang bodoh.

az memang wira aku. mungkin sebab tu aku tak pernah nak rasa bosan bila mendampingi dia, biarpun hanya melalui telefon. mungkin sebab itu aku hanya dapat menulis tentang dia di mana-mana saja. mungkin sebab itu aku sayang dia. huhu. hari ini hari jumaat. sudah sebulan tak berjumpa dengan dia. rasa sungguh sedih.

aku memang sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan, semenjak aku bersama qohar lagi. tapi apabila dengan az, aku takut aku tak boleh menjadi isteri yang memang dia harapkan. dah lah tak reti nak masak. asyik sakit pula tu. takut mamanya tak menerima, walaupun mama dia sendiri yang mengatakan dia boleh terima. siap menyamar menjadi az dan berkata, "nak kahwin dengan az tak? mak i okay je."

aku gila. aku hina. aku tak pernah nak dikategori sebagai baik, tak tahu kenapa mereka asyik bilang begitu kat aku. az pun terkejut, kut. hahaha. haih, entah lah. aku rasa agak emo sekarang. biasalah, pms. :P

Monday, August 10, 2009

kahwin lagi @ 11:27 AM

rumah nenekku sepatutnya ada internet, tapi memandangkan mak ndak aku tak ada di rumah, maka aku terpaksalah menulis di dalam microsoft words saja. haha. terima kasih fungsi potong dan tampal! :D


JUMAAT;
jam 10.40 pagi hari jumaat telah aku dan keluargaku bertolak menuju ke kampung halaman tersayang. kami berhenti seketika di tapah, kerana daddy ditangkap oleh polis trafik membawa kereta laju-laju pada bila ntah di tahap minimumnya, 140 km/j. haha. polis bertugas itu siap beritahu lagi supaya berhenti di kuala kangsar, sebab ada saman lagi satu di sana. selesai itu, mummy mulalah buat lawak, tapi daddy marah. biasalah, lelaki. sakit hati bila kena saman. :P

kemudian kami berhenti lagi pada jam 12 tengahari di r&rbukit gantang, saja hendak membeli buah sedikit. kami berhenti lagi di r&r gunung semanggol pada jam 1.15 tengahari untuk mengisi perut dengan makanan berat. nasi ayamnya boleh tahanlah… pada mulanya aku dan adikku berkongsi pinggan kerana hendak mengalas perut sahaja, sekali aku pun beli lagi satu pinggan. dah lapar, nak buat macam mana.

kami selamat tiba di halaman rumah nenek jam 3 petang. siap memunggah barang dari kereta ke dalam, aku membantu kakakku membersihkan ruang di tingkat atas. atuk sudah ubahsuai lagi, jadi lebih gelap. haihh. sudah tu, berhabuk pula. ingat hendak menyapu saja tapi aku mop terus. habuknya, masya-Allah.

jam empat baru aku rasa selesa untuk menunaikan solat zohor. aku sudah boleh jamak dan qasar, tapi malaslah. sudah sampai ke destinasi, tak ada salahnya hendak menunaikan ibadah secara penuh. hehe. seharian duduk di rumah saja, maklumlah, letih. nenek bawa pulang enam bungkus laksa setelah aku sudah siap memasak udang lemak cili api. huhu. pagi hari sabtu tu jam 4 aku bangun sebab semput gila. tak boleh nak tidur dengan enak, jadi aku pun terpaksalah mengambil ubat mummy sementara aku pergi ke klinik pada siang nanti. malas hendak siap, lagipun kesian pula daddyku nak bawa aku waktu pagi-pagi buta.


SABTU;
bangun-bangun saja aku rasa semput lagi. aku pun curi-curi ambil ubat mummy sementara tunggu daddy bangun nak pergi ke klinik. aku mulanya tak mahu, tapi ah, bedal sajalah.

mummy, nenek dan atuk sudah pun pergi ke rumah cik yam (jiran nenek yang anaknya akan berkahwin pada hari ahad) awal-awal lagi. jam 12 tengah hari baru daddy bangun, kerana aku tidak dapat menahan sakit lagi dan mengejutnya. sempat lagi dia mandi, pakai minyak wangi dan hhisap rokok. aku ini sudah hampir nyawa-nyawa ikan.

sesampai nya kami di klinik, jururawat kata doktor akan masuk jam 2, dalam 30 minit lagi. dadaku tiba-tiba panas, tapi aku beristighfar lalu daddy, aku dan adik-adikku yang penyibuk pergi ke kedai runcit untuk membeli makanan-makanan tak berkhasiat untuk membuang masa. hahaha. kami pun apa lagi, syok la beli-belah. kehkeh.

mm, selepas itu, kami pulang ke klinik dan doktor bagi ceramah yang sama sewaktu merawat aku. aku angguk kepala, sudah lali mendengar perkara yang sama padahal aku bukan jatuh sakit sebab minum ais atau apa-apa. sebab laksa semalam yang aku makan. >.<

aku malas nak tegur doktor tu, egonya melahap tinggi siling. tengok saja sudah tahu. pulang dari klinik, kereta avanza pak long ku sudah tersidai di perkarangan rumah. yasmin apa lagi, melompat-lompat keluar kereta, dapat berjumpa dengan sepupu-sepapat yang otak mereka lebih kurang sama karat dengan aku. haha. sepanjang hari aku hanya duduk di rumah, malas nak pergi ke rumah cik yam sebab aku tahu anak lelakinya, cik e, mesti ada di sana. bukannya aku tak mahu berjumpa dengan dia, tapi entah la. rasa malu. ada ke aku mase kecik-kecik dulu asyik berkepit dengan dia saja ? dia masuk hutan, aku pun ikut. sama-sama kami telah dikejar angsa, dikejar ayam, sama-sama mengaji, sama-sama mandi kolam dekat hutan lipur. senang cerita, kalau dia duduk di paha kanan, aku ada di paha kiri. mmph. dan sekarang, apabila kami sudah besar panjang begini, rasa malu.

dia tak kacak mana pun. siap ada misai lagi, seingat aku. sudah tu, sok sombong dengan nenek atukku. kalau dengan aku siap lagi nak memandang jeling. minta ampun lah, aku tak minat orang macam tu. dah la ada gaya mat rempit. tu yang buat aku malas nak bersua hidung dengan dia. tapi tak tahulah nanti di kenduri kakakknya macam mana aku nak elakkan diri aku daripada bertembung. huhu.


AHAD;
aku bangun lewat gila. dalam pukul 10 pagi kut. tahu-tahu mummy sudah bising suruh siap nak pergi kenduri kak long. mm, aku pun, layan sajalah. kalau nak balas balik, derhaka. hehe. jadi dengan semangat yang tak banyak mana pun, aku bersiap. pakai baju kuning bunga merah jambu! hahaha. jalan kaki pergi sana, maklumlah, dekat sangat. sampai-sampai jumpa dengan cik yam. baru aku sedar aku rindu gila dekat dia, dekat orang-orang kampung. huhu. nampak kak ngah dulu, tapi tak tegur la sebab mamam dulu. lauk ala-kadar saja, kari ayam, daging masak kicap, erm... ape lagi ek? entah la. sayur kerabu... dan ayam masak merah, tapi kita orang tak dapat makan tu. hahaha. lepas tu nampak cik e. bleh. aku kadar jeling mata saja dengan dia, dia tak nampak pun aku. pastu nampak adik dia, haikal. ya Allah, besar dah anak aku yang aku jaga dulu tu. sedih gila bila tak dapat nak layan dia. tapi dia tak rasa apa-apa pun kut.

selesai makan, aku dan yasmin gerak masuk rumah cik yam yang baru. berapa kali dia dah pindah pun aku tak tahu, tapi tu tak penting. yang pentingnya aku dapat tengok bilik pengantin, dapat tengok pengantin perempuan. memang kelam kabut gila masa tu. aku tolong solekkan kak long (pengantin perempuan tu lah) sebab mak andam tak sampai-sampai lagi bawa baju kahwin dan cadar untuk katil. ahahha. dia pakai baju akad nikah dia. dah habis tolong, balik rumah nenek. mummy suruh cepat-cepat siap sebab nak pulang rumah. eh... nak kata nangis tu, memang tak ada, tapi aku dah mula rindu. huhu. masa dalam perjalanan pulang, cik e ternampak lah muka aku yang sungguh hodoh ni. dia boleh lagi, tengah bawa motor pandang aku sampai tak nak lepas tengok? aku senyum saja. adeh, boleh tahan la mamat ni. tapi ala-ala orang barat kata, "not my taste." ahahha.

sudah pulang tu, aku tersenyum saja bila teringat akhir tahun tahun lepas.

masa tu pak ndak kahwin ngan mak ndak dan kita orang (daddy, aku, cik yam, kak long dan sorang lagi) dah dalam kereta, nak pulang sebab dah habis makan semua. kemudiannya, cik yam kata lah;

"lepeh ni, mak su (nenek aku) tak da dah nak pikiaq buat seghabut pala otak pasal anak-anak dia nak kahwinkan ngan sapa. sekaghang tinggal cucu dia la. kak long! (aku lah tu)"

daddy ku gelak tiba-tiba.

"boleh, tapi kak long cik yam dulu kena kahwin!"

kita orang pun apa lagi, gelak berdekah-dekah bukan main. tahu-tahu saja, kak long cik yam dah kahwin. aduh, aku mula rasa tak senang hati. tapi betul, nenek aku sekarang tak payah nak fikir pasal anak-anak dia sangat sebab bujang terakhir dah kahwin. ahahhaa. aku lah mangsa lepas ni. haha. tunggu lah dulu, ya nek? kak long nak belajar dua tahun dulu baru cari jodoh.

ataupun dah memang ada calon, tapi tunang dulu. ahahahha. >P tak boleh belah la. dia kata nak bawa aku balik kampung dia tahun depan. jumpa mak cik dia. aku panas telinga dengar, kecut perut sebab gelak banyak sangat. yeyeoh saja dia tu. hehe.

hari ni aku tak pergi sekolah. sakit perut tak tentu pasal. mungkin sebab tak makan malam semalam kut. aku telefon dia sampai 45 minit. entah-entah bil naik lagi. waaaah, hebat betul kau, sarah. haha. cari penyakit. tapi kan, aku ada telefon dia sampai satu jam setengah, tapi berhenti-berhenti lah. bukan terus macam tu, gila terbakar aku punya telinga. kahkahkah.

kat sana aku macam gila. tidur lambat sebab ingat dia, bangun pun lambat sebab dia. ahahhaa. rinduuu! dah tu, balik-balik lepas urut mummy, aku telefon dia. aku dalam hati ni dah mula risau nanti dia nak cakap apa dengan aku. tahu sajalah, baru balik dari kem motivasi, mana tahu dia ada suntikan-suntikan yang apa-apa dalam badan roh dia tu. nasib baik tak, kalau tak, terpaksa aku terima macam tu. nak buat apa, bukan jodoh la katakan. mm. yang aku jeles tu, dia dapat pergi, aku tak! mesti banyak awek-awek cantik kat sana. tak apalah, biar dia dapat cuci mata. dah boring kot dia tengok muka aku yang hitam dan penuh berjerawat ni. haih.

tak apa, aku bersyukur sebab Allah masih lagi bagi wajah yang sempurna kat aku, tak ada cacat-cela. (:

Friday, August 7, 2009

selamat tinggal! @ 9:16 AM

okay, post terakhir sebelum aku mengundur diri meninggalkan rawang untuk bermusafir ke pulau pinang. doakan perjalanan aku selamat, ya?

semalam aku beritahu dia aku nangis. haha. tak ada kerja sangatlah tu, nak bagitau rahsia malu macam tu. wakakaka. tapi tak apa, biar dia tahu, jangan biar tak tahu nanti lagi sakit hati. mmm. tak pergi lagi, tapi persaan rindu dah membuak-buak dalam diri. entah la pada siapa, tapi yang paling banyaknya az lah. itu sudah pasti. (:

dia kata yang dia suka kalau aku tak suka marah-marah, tapi tang menangis ni yang payah. heh heh. jangan risau, ayang. bukan nangis teruk mana. lima minit saja cukup untuk buat aku tidur nyenyak. walaupun mimpi yang kadang-kadang datang tak berapa menyenangkan hati, tapi pasrah sajalah. nak buat apa. hahaha.

aku rasa dengan dia saja aku banyak nangis. tapi biasalah tu, dah sayang. ngee. :D

Thursday, August 6, 2009

ngokngek @ 10:30 PM

tak kira apa berlaku, aku sayang dia. habis cerita. :D

esok balik kampung! yayyyyy! aku gembira la tak payah nak hadirkan diri ke sekolah itu. ngeheheh. tapi aku tak dapat jumpa dia petang Jumaat tu. hmph, macam lah dia ada masa untuk aku. tadi aku ajak dia cam malas je. aku pun, buat-buat tak kisah padahal dalam hati tengah rasa nak menyumpah-nyumpah. nasib baik lah aku dah buat hobi nak mengucap istighfar.

diorang kata aku baik sangat untuk mana-mana laki. dah tu, macam manalah aku nak kahwin nanti kalau semua laki tak cukup bagus tuk aku? ah, tipu jelah tu. azlin lagi lah. siap marah maki aku sebab bagi muka sangat kat az dan semua laki sebelum dia. mmmm, aku malas nak kata apa. angguk saja kepala, buat-buat faham padahal tak faham habuk pun.

pukul 10 malam tadi telah selesai aku membaca yasiin seorang di rumah. maklumlah tak ada kenderaan nak pergi sekolah untuk majlis nifsu sya'ban tu, jadi... sorang sajalah.

kelmarin tengahari ternampak am dari dalam kereta. muka dia sedih. aku gelabah gila. rasa macam nak padam muka ni, dah tak tahu nak nyorok kat mana. tak ada penjelasan kenapa aku tak layan dia, kenapa aku tak balas mesej dia, tak angkat bila dia telefon. emmph, biar sajalah. selagi az tak buat perangai dengan aku, aku tak buat perangai dengan dia. tapi aku rindu gila punya gila punya gila kat mamat (az) aku tu. aku rasa macam tak tenteram kalau sehari tak cakap dengan dia. sepatutnya tak boleh, nafsu tu. tapi bila fikir balik kan, dia tu ada ke rindu kat aku?

az, oh az. fahamlah sara sikit. please? <3

Tuesday, August 4, 2009

waaaaaa @ 3:44 PM

hari ni aku ponteng sekolah. tak tahu kenapa. rasa emo semacam. kalau pergi sekolah terasa macam nak terjun dari koridor. baik duduk rumah, tak ada risiko nak mati cepat.

sejak bulan tiga lagi aku terasa semacam. ramai orang sudah pergi tak kembali dan entah la. aku tak cerita pada mummy pada mulanya, akhirnya nicole memaksa aku untuk memberitahu. jadi aku pun ceritakan. mummy pesan supaya banyak istighfar, muhasabah diri. aku buat, rasa okay untuk beberapa bulan. tapi sekarang jadi balik. sebab nenek iman baru meninggal, atuk syaza pun sudah tiada lagi. nenek az pun. dengar khabar nenek aku sakit, atuk aku pun tidak berapa sihat semasa aku pergi program duduk di maahad.

mungkin perasaan aku saja, tapi itulah hakikatnya.

aku sudah beberapa kali mimpi daddy nak pergi. "daddy nak tidur sekejap saja..." tapi aku risau, sebab aku tahu di dalam mimpi itu dia tak akan kembali. pergi selama-lamanya. aku tahu mimpi itu mainan syaitan. dan ramai juga orang mengatakan kalau kita mimpi orang kita sayang akan meninggal, maknanya umur dia panjang. kalau mimpi jatuh gigi baru kita akan kehilangan seseorang. sigh. aku tak dengar sebarang berita daripada zarith sejak dia mengundur diri untuk memberi aku ruang kebahagiaan bersama az. tapi aku tak rasa bahagia sebab dia tak ada. aku perlukan dia, dan semua. sebab ajal tak kira umur. jadi kalau aku ada salah kata atau apa-apa kepada kamu, aku minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki. aku manusia saja, sama seperti kamu. aku pun melakukan salah dan silap.

jadi sebelum aku jadi tertekan, baik aku tulis ni, kan? semalam aku nangis tak tentu pasal. az keluar ym tak cakap apa-apa. sudah la masa itu aku tak nak beritahu dia satu-satunya rahsia yang aku simpan dari pengetahuan sesiapa kecuali mummy, daddy dan Allah. dan satu hari nanti, suami aku. aku tak nak mengaibkan diri aku, walaupun sebenarnya rahsia itu perkara kecil saja. tapi aku malu. aku harap dia faham itu.

sudah aku cakap begitu dia tidak balas, terus msn aku mati. aku dengan hati risau aku, online balik. tahu-tahu saja dia sudah keluar. aku apa lagi, nangis la. lepas tu aku berhenti menangis. kemudiannya sambung lagi sebab aku tidak tahu pada siapa aku harus mengadu. kakak aku sudah tidur. nak telefon zarith... jangan harap la. azlin mungkin sudah tidur. kalau am... aku menangis lagi kuat-kuat tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. memang sebetulnya az seorang saja yang aku ada. aku rasa keseorangan. aku tak mahu berhubung lagi dengan am. pedih hati aku memikirkan soalnya. jadi aku telefon azlin. dia pula pandai-pandai menghantar mesej kepada az. aku terkejut setelah mendapat satu mesej dari az pula, ketika aku sudah selesai menelefon azlin dan sambung menangis sebentar, lalu terlelap. ada lah yang dikatakan pada aku... tak usah aku menceritakannya.

dengan perasaan lega, aku membaca Basmallah dan doa tidur disertakan ayat Kursi lalu menidurkan mataku, badanku.

tiba-tiba dapat satu mimpi. aku jumpa az, dia senyum padaku dan aku senyum kembali. tapi kami tidak bergerak bersama. kemudiannya aku berada di perhentian bas di luar sekolah menengah bawah bersama raja, razan dan arisha. tak tahulah mengapa mereka ada di situ, tetapi aku mendongak kepala aku ke atas. cuaca di dalam mimpi itu mendung-mendung, cuma ada cahaya sinaran matahari disebalik awan kelabu. adegan tiba-tiba saja tukar dan aku terserempak dengan abang ayob. kami berada berhampiran tanah lumpur yang basah, dan az pula sedang berjalan di persisiran pantai. ombaknya boleh tahan juga, tidak begitu kecil, tidak begitu besar. sedang-sedang saja. aku duduk di sebelah abang ayob yang sedang memerhatikan az dari jauh.

"kau dah berapa lama dengan dia?"

"sebelum aku berjumpa dengan budak-budak maahad lagi," aku tipu. ya Allah, macam manalah aku masih boleh menipu di dalam mimpi? aku tak tahu mengapa, aku tidak mengawal diri aku di dalam mimpi. aku cuma dapat melihat dan merasakan apa yang aku rasa. jantungku berdegup kencang ketika solan ditanyakan. bagai di dalam kubur. Astaghfirullah. aku melihat riak wajah abang ayob sambil melihat az yang masih lagi berjalan perlahan, rambutnya dibuai angin pantai, kedua belah tangan di dalam kocek seluarnya berwarna kelabu. jelas di samping pasir putih berkaca. aku melihat muka abang ayob berkerut, hati aku berdegup kencang untuk mengetahui apa yang dia akan katakan. dapatkah dia melihat apa yang tersirat di belakang wajahku? dia menggelengkan kepalanya.

"aku tengok kau, bukan apa. baik. tapi kau boleh buat lagi bagus. tinggalkan lah dia. abdikan diri kau pada Allah."

aku cuma dapat mengangguk kepala tanda faham. tapi hati aku tidak setuju. apabila aku bangun, aku membaca doa bangun tidur dan berdoa lagi supaya malam ini aku mendapat jawaban jika memang betul mimpi itu dari Allah sendiri. mungkin sebab itu aku emo semacam kot. tak boleh nak fikir betul-betul. selepas itu mulalah aku menangis balik, tak tahu apa yang patut aku lakukan. aku turun ke bawah untuk bersarapan bersama adik-adikku tetapi aku sambung tidur balik. dan mereka pergi sekolah bersama daddy yang telah siap untuk ke kerja.

di saat aku menangis itulah yang aku sedar bahawa perasaan sayang aku kepada az bukan sekadar sayang saja.

Sunday, August 2, 2009

nak tidur tapi rasa rajin nak buat kerja @ 1:13 AM

aku rasa dengan dia sorang saja aku suka merajuk. betul! ta tipu!

bukan apa, dia pun suka menyakitkan hati orang, jadi salah dia jugak la. kata aku ni senang nak dapat. 'petik jari je,' katanya. macam 'baik'. grr. tengok lah dia. kalau aku tahu dia nak cakap macam tu sekarang sudah tentu aku akan kata pada dia yang aku tak nak. pada mulanya memang tak nak, jadi janganlah perasaan saya nak sangat kat awak tu. pervert. ;P

geram tahu tak. tadi dia cakap banyak benda pasal aku yang aku rasa memang patut aku bawa keluar parang apabila dia akan singgah lagi ke rumah aku. itulah, inilah. ta patut tahu! sakitkan hati perempuan macam tu. tapi salah aku juga. aku suka sangat bercakap banyak. mungkin dia penat kot dengar aku berceloteh pasal macam-macam. ex-laki aku lah, am lah, sekolah lah, orang ni lah, orang itu lah. ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa aku. habis ilmu aku semua keluar.

aku bet dengan dia tadi. saja, taruh, tapi tak pakai duit la. nak tengok ego siapa yang kena nanti. wakakaka. aku kata aku tak akan pergi balik kepada amir. dia kate aku akan pergi balik. 'rasenye kite ni tak lame.' ... aku nak nangis dah masa tu. boleh dia kata macam tu kat aku. aku penat-penat lawan perasaan aku kat laki lain dia senang je nak buahkan butiran kata-kata itu. lepas letak ganggang telefon tadi, aku nangis kejap. pastu diam. pastu online, malas nak fikir. tahu saja dia on. aduh. nasiiiib, nasiiib.

ta apa. aku masih sayang dia. aku maafkan dia walau dia tak pernah mengucapkan kata maaf pada aku. aku senang nak merajuk, senang nak menangis, senang nak dapat. tapi yang pentingnya, aku senang nak maafkan orang. itu aku pesan awal-awal kat korang semua, kalau kawan ngan aku, tak rugi apa-apa. tapi kalau buat aku makan hati lama sangat, susah nak maafkan. aku rasa aku ada nak cakap pasal sesuatu tadi tapi lupa pula. ah, esok sajalah. nak mimpi indah malam ni. insya-Allah. (:

Saturday, August 1, 2009

nak mengeluh sat @ 11:17 PM

senarai orang yang aku rindu:

AZ!
zarith...
nabiha
adibah
zafirah
along maahad! (aku nak bulu mata lentik kau la!)
semua orang kat maahad. termasuk lah ustazah dan ustaz. <3
nenek atuk
sepupu-sepapat belah mak aku
makcik pakcik aku
durra
abang mad ):
mak dan bapak
abang ali
adik putri! aw! (agaknya kau dah besar mana sekarang ya? kali terakhir aku tengok batang hidung kau masa kau baru lahir dulu. huhu)
anak cikgu sorang tuuuu.
nicole!!!
shafiq, hafiz, balqis
member aku yang dulu-dulu
diri aku yang baik
frank, jason, cory, zach, sati
arwah atuk tapa dan nenek nana

dan banyak lagi. tapi ini yang utama gila lah. mudah-mudahan Allah memurahkan rezeki aku dan memberi aku kesempatan untuk bersua muka kembali bersama mereka.

.selamat datang

hai orang yang tak ku kenali mahupun yang aku kenali, namaku Sarah. namun demi mengelakkan kekeliruan daripada berlaku, maklumlah dunia ini luas, maka digalakkan memanggil dengan ejaan Sarra atau Saraa atau Sara atau... ya, sudah jelas kan? orang kata, aku ini seorang yang baik tapi aku menafikan fakta itu kerana aku hanya seorang manusia biasa. aku kepunyaan seorang lelaki bernama Azeri, dan aku sayang dia, walaupun dia bukan teman lelaki aku. noktah.

.profil

tujuhbelas, desarian, merasakan diri ini sempurna dalam kepelikan, suka menyindir, dan gemar mencabuli penggunaan emotikon (: di setiap penghujung ayat.

.teman celoteh

Amar Amer Fateen Dayana Hafidzi Haris Hazirah Imaan Qisti Sarra Sue Yen Yong Sofea Zafran Zulkarnain

.diari

July 2009, August 2009, September 2009, October 2009, November 2009, December 2009, January 2010,

.layout

infravermelho