<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/750938006149678759?origin\x3dhttp://kejuatasroti.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Friday, September 25, 2009

aku mahu dia tahu @ 8:20 PM

hari ini, aku beraya di rumah ayu.

banyak sangat perkara yang ingin aku sebutkan di sini selepas melihat muka dia, tapi... perkara ini semuanya keterlaluan, perkara yang sememangnya lebih baik didiamkan, tapi... aku mahu dunia tahu. aku mahu dia tahu.


aku mahu dia tahu, aku benci melihat muka dia. kerana, aku akan merindui senyuman yang tepalit di bibirnya.

aku mahu dia tahu, aku benci mendengar ketawa riangnya. kerana, bila lagi aku dapat mendengarnya?

aku mahu dia tahu, aku benci wataknya yang sangat menyakitkan hati. kerana, aku sangat suka akan perangainya itu.

aku mahu dia tahu, aku benci apabila dia berdiri di sisiku. kerana, aku teringin berada di dalam dakapannya.

aku mahu dia tahu, aku benci betapa merdunya suara yang dikeluarkan olehnya. kerana, aku akan terbuai ke alam mimpi.

aku mahu dia tahu, aku benci sifatnya yang sederhana. kerana, dia membuat aku terasa sungguh hina.

aku mahu dia tahu, aku benci kenakalan dia. kerana, dengan itu aku tiada ruang untuk bermanja dengan dia.

aku mahu dia tahu, aku benci duduk sebelah dia. kerana, aku tahu aku tidak sepadan dengan dia.

aku mahu dia tahu, aku benci memikirkan tentang dirinya. kerana, aku akan jadi gembira.

aku mahu dia tahu, aku benci kesabarannya. kerana, aku tidak dapat menguji dia.

aku mahu dia tahu, aku benci sikap endah tidak endah dia. kerana, aku tahu dia menghargai.

aku mahu dia tahu, aku benci kejayaannya membuat aku menangis berulang kali untuknya. kerana, aku tak mahu dia pergi.

aku mahu dia tahu, aku benci berjumpa dengan dia. kerana, itu membuat aku sedar betapa rindunya aku pada dia.

aku mahu dia tahu, aku benci dia. kerana, dia buat aku jatuh hati padanya.

Thursday, September 17, 2009

manusia dan nafsu? @ 4:32 PM

mmmmmph, balik lagi! (:

sudah lama aku menghilang, jadi minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki ya kawan-kawan? kalau tak mahu, er... demi hari raya boleh? hehe. :P sayang kamuuuu. ngeheheh. mm, percubaan sudah habis. cuma tinggal kertas agama saja. aduh, letih. tahu tak, kalau bukan sebab ustaz terbocor soalan semalam pada waktu agama aku mungkin sudah boleh buat kertasnya hari ni. tapi tidak, namun tak mengapa.

semalam dalam kelas agama aku tanya macam-macam pada ustaz. pasal angin ahmar lah, pasal berzikir lah. maklumlah, sudah lama tidak berjumpa dengan dia, rindu menanyakan dan dijawabkan soalan-soalan aku yang sungguh remeh-temeh tapi penting demi menjaga keimanan dalam diri.

aku hipokrit! bercakap macam ini macamlah aku baik sangat. huhu.

hm, semalam, aku tanya ustaz pasal nafsu. ustaz kata, kalau tidak tahan, puasa. ironinya, macam mana nak puasa waktu malam? ustaz senyum mendengar persoalanku, namun dia kata dia akan memberitahu kemudian pada esok hari. aduh, sakratul maut akan menimpa diri aku pada bila-bila masa. satu sebab saja aku tidak minta putus lagi sama dia. apa? nak tahu? hahaaaaa. :D

semalam malam aku pergi ke majlis berbuka puasa di sekolah. selain mengakhiri pembacaan al-Quran pada sebelah petangnya, jamuan buka puasa dilakukan sebaik saja azan berkumandang. selesai solat maghrib didirikan, baru kami semua membuat laluan masing-masing ke kantin untuk menjamah nasi. lauknya lauk harian: kari ayam, ikan, sambal, ulam-ulaman, sayur tauge disertai buah tembikai. air yang disediakan hanya air teh juga air sirap. mmmm. agak tawar tapi sedap. macam mana tu? heee.

baru-baru ini aku tergilakan cerita taiwan- why why love. bukan apa, tapi hubungan antara watak hero dan heroin amat menggumbirakan jiwa. hehe. apa lagi bila aku kadang diingatkan bagaimana hubungan aku bersama az. sangat menyakitkan hati, tapi aku tak tahu mengapa aku tidak boleh tinggalkan dia. diam, jangan nak menilai. aku tak menilai kamu orang pun?

konversi aku dan az pada waktu malam kadang sungguh menyedihkan aku. patutnya aku berhenti. dengan kata-kata ini, aku akan berhenti. saat ini juga! cayok cayok! yayyy. hehe.bibirku sakit, aku tidak henti-henti menggigitnya. grr, sara, kau ni memang... er, apa ek?

semenjak duamenjak ini aku asyik membebel perkara tidak keruan. tidak masuk akal. kalau random tu lain, yang ini kes bukan random. ini bukan aku! huhu. oh ya, tadi aku ambil kertas seni. sungguh menyeksakan hendak mengecat. aku lukis pemandangan di venice, sungguh cantik, sungguh indah- tapi menyusahkan! nanti aku scan masuk dekat sini, biar didpaparkan ke seluruh dunia betapa sukarnya hendak mencatan venice ini. waaaa! habis satu hari persekolahan aku bazirkan dengan hanya mencuba. sampai jadi tertekan. selesai itu, aku tukar gambar menggunakan imaginasi aku yang sungguh terhad ini. aku beru sedar sekarang betapa pentingnya photoshop dan internet kepada aku. juga microsoft words kerana membantu aku untuk mengeluarkan idea-idea di dalam kepala serabut aku ini untuk aku insya-Allah satu hari nanti terbitkan jadi buku. weeeee. hehe.

baiklah, sudah panjang melebar ini, nanti kamu orang terliur pula pada kekunci komputer. wakakakaa.

Wednesday, September 9, 2009

aldsfjdshfkjshd @ 1:58 PM

lama tak update.

aku rasa lebih lama tak update kan blog aku yang dah memang nak karat ni. ishishish.

percubaan menganggu aktiviti internet aku. aku pun sekarang tengah frust sebab cikgu kata tak nak bagi aku ambil paper sebab minggu depan dah nak masukkan data markah ke dalam komputer. ah, tidaaaak! cikgu! alasan je tu! sara nak ambil paper bahasa melayu, english, agama dan sejarah! dah lah kalau tak ambil semua subjek automatik gagal. bukan sara mintak pun nak dapat penyakit tu, cikguuuu! huuhuu.

ahhh, aku tak sedap hati lah. baru-baru ni rasa macam ajal nak datang dekat. aku cepat-cepat istighfar, cepat-cepat minta ampun pada Allah. aku tahu aku dapat penyakit hari tu pun sebab Allah nak ingatkan aku ni manusia saja, bukan maha dewi, boleh hidup selama-lamanya.

aku mimpi lagi, tapi aku malas nak cerita kat sini. nanti ada orang sakit hati susaaaah.

doakan aku berjaya percubaan! oh, dan selamat menyamput puasa! (: [aku tak ingat dah ucap belum.]

.selamat datang

hai orang yang tak ku kenali mahupun yang aku kenali, namaku Sarah. namun demi mengelakkan kekeliruan daripada berlaku, maklumlah dunia ini luas, maka digalakkan memanggil dengan ejaan Sarra atau Saraa atau Sara atau... ya, sudah jelas kan? orang kata, aku ini seorang yang baik tapi aku menafikan fakta itu kerana aku hanya seorang manusia biasa. aku kepunyaan seorang lelaki bernama Azeri, dan aku sayang dia, walaupun dia bukan teman lelaki aku. noktah.

.profil

tujuhbelas, desarian, merasakan diri ini sempurna dalam kepelikan, suka menyindir, dan gemar mencabuli penggunaan emotikon (: di setiap penghujung ayat.

.teman celoteh

Amar Amer Fateen Dayana Hafidzi Haris Hazirah Imaan Qisti Sarra Sue Yen Yong Sofea Zafran Zulkarnain

.diari

July 2009, August 2009, September 2009, October 2009, November 2009, December 2009, January 2010,

.layout

infravermelho