Saturday, December 26, 2009
masalah menjelma disebalik tingkap @ 8:27 PM
bahagian ini penuh dengan isi hati aku yang meluahkan rasa tentang dia dan hanya dia, jadi kalau tidak suka membaca, sila lompat sehingga ke ruang seterusnya. terima kasih.
---
aku merasakan sungguh gementar beberapa hari ini.
entah mengapa, tetapi hati aku berdegup kencang bagai dikejar anjing pasar yang berjalan di luar kawasan rumah aku, mata bulatnya merah garang sekali dengan bunyi nyalakan yang menggerunkan.
sejak duamenjak ini aku berasa cepat marah. terutama apabila aku menelefonnya dan dia menekan butang merah tanpa bertanya apa kehendaknya aku gemar sangat menganggu waktu privasinya berasa seisi keluarga. bagaimana kalau aku perlukan bantuan dia? dia saja? bagaimana jikalau dia merupakan harapan terakhir aku untuk meneruskan kehidupan aku yang telah aku penuhi dengan dosa ini? bagaimana kalau aku hendak membunuh diri, dan dia saja yang dapat mewaraskan akal fikiran aku di saat-saat genting?
tidakkah dia terfikir akan itu?
aku geram, perasaan marah bercampur baur dengan kesedihan dan... aku hendak meninggalkan dia, namun aku telah bejanji. aku sedang menunggu saat dia memutirkan buah kata dia tidak mampu lagi bersama dengan perempuan yang terlalu obses seperti aku. aku sedang menunggu, kerana aku tahu pada suatu hari nanti, dia akan berasa bosan dan rimas. merasa pening dan hendak muntah apabila melihat kejelikan aku. aku harap dia membuka matanya dan melihat segala keburukan aku, dan sanggupkah, mampukah dia hendak menghabiskan sisa-sia hidupnya bersama seorang wanita seperti aku?
aku sungguh menyayangi dia. jadi aku mahu dia meninggalkan aku, kerana aku tidak sanggup melukakan hati dia. aku lebih rela dilukai daripada melukakan.
---
masalah terbaru: mencari tempat mengambil lesen yang menawarkan harga murah disamping memberi kepastian sampai lulus.
selain itu, memikirkan kursus yang patut diambil apabila memasuki universiti.
juga, universiti mahukah mengambil pelajar seperti aku?
kerja di malaysia susah hendak dicari. aku ingin mengajar sebagai pensyarah bahasa inggeris atau membuka sekolah sendiri untuk orang berjiwa seni. tapi itu cita-cita jangka panjang. sekarang aku harus memikirkan kursus. juga aku patut mengambil kerja di mana dalam kawasan rawang, bandar utama damansara juga kuala lumpur sepanjang cuti aku? ada idea, silalah beri pendapat yang bernas. :)
untuk masalah mencari tempat belajar memandu, metro driving terlalu jauh untuk aku belajar ambil lesen. subang woooo. dekat sini, di sekolah belajar memandu yang aku hampir-hampir hendak menghadiri, katanya ada gejala rasuah. mmmmph. jenayah sebegitu merata-rata tempat ada. aaaaaaargh! bantu!
Friday, December 11, 2009
di langit dan di bumi @ 5:44 PM
aku berada di kota kinabalu sekarang, tekak terasa kering dan bibir sakit akibat aku terlalu banyak mengigitnya. semasa aku berada di dalam kapalterbang tadi aku baru sedar betapa aku lebih menggemari untuk berada di atas tanah dan bukan di langit. setelah diberi kebenaran dari kapten penerbangan, aku dengan kadar segera menggerakkan tanganku ke pemain muzik. dalam kepuraan aku yang menonjolkan riak wajah yang gembira kepada keluargaku, aku sebenarnya sungguh gemuruh di dalam jiwa meninggalkan rumah kesayangan satu hal, meninggalkan orang tersayang juga bukan merupakan sesuatu yang mudah bagi aku. terutamanya apabila aku merasakan rindu yang teramat sangat pada dirinya.
tapi, yang paling menyedihkan, aku memakai kasut tinggi. aku suka... namun berjalan sepanjang satu kilometer sangat menyakitkan kaki. uhuk.
aku tidak sabar hendak pulang. sabah bukanlah tempat yang mudah untuk mencari kedai bata.
Thursday, December 10, 2009
percutian bersama keluarga @ 11:43 PM
esok pergi sabah.
aku tidak berkesempatan menemui dirinya hari ini seperti yang telah dirancang. aku sebenarnya tahu tak akan ada kesempatan. aku saja yang beria-ia ingin menunaikan permintaan dia.
hari ini aku terasa lain semacam. entah kenapa. mungkin angin dalam badan dan kepala kot. entah lah, tak aku tahu. yang pastinya, awal pagi selepas menunaikan solat subuh nanti aku dan keluargaku bersama atuk juga nenek akan dihantar taxi ke klia menaiki malaysian airlines ke sabah. dua jam pula tu! aduh, aku tidak mahu terperangkap di dalam sebuah kotainer mewah selama dua jam bersama-sama orang lain. aku hanya mahu dia.
terasa seperti ingin merajuk pun ada. kenapa lah aku bijak sangat mengikuti ibu bapaku berjoli di rawang hari ini? kalau tidak sudah pasti aku dapat menemui buah hati jantung pisang aku itu. huhu. maafkan sayang, ya ayang? tak sengaja.
mulanya cadang hendak pergi potong rambut berhampiran kawasan rumah saja, sekali mummy kata pergi rawang, beli barang. ah sudah, aku nak mengamuk pun ada. grr.
ayang... i love you. betul. <3
Monday, December 7, 2009
mencintaimu, seumur hidupku @ 5:19 PM
selamanya ayang. selamanya.
aku cuma mahu dia tahu itu. aku cuma mahu dia sedar betapa dalamnya perasaan aku ini terhadap dia sehingga tidak ada ruang untuk berpatah balik semula kepada keadaan aku yang sebelum ini.
dia selalu membahagiakan aku, selalu menyayangi aku seadanya, selalu memahami. aku tidak mahu meninggalkan dia, tapi, andai kata kami berdua tidak ada jodoh, aku mahu dia yang meninggalkan aku. supaya aku tidak akan melukakan dia seperti mana aku telah melukakan hati lelaki-lelaki sebelumnya kerana, dia bukan seperti lelaki yang lain.
yang mencintaiku sepenuh dayanya.
Ya Allah, bantulah kedua hambaMu yang sungguh tidak berdaya ini untuk menghadapi dugaanMu dengan penuh ketabahan. inilah sebabnya Engkau melarang kami bercinta sebelum berkahwin. aku tahu sekarang, Ya Allah. mogamoga dia dapat melihat itu juga.
dan berakhirlah sesi aku meluahkan perasaan aku yang sungguh tidak tenteram ini.
---
hai!
nampaknya cuaca tidak mengizinkan aku untuk keluar beriadah hari ini. tapi tidak mengapa. insyaAllah esok hari akan terang. terang hari, terang hati, terang jiwa raga. aku sungguh mengharapkan itu kerana esok hari terakhir untuk aku berjuang matimatian dengan subjek kimia. mwaha. matilah kau kimia! :P
aku mendoakannya dapat menjawab soalan perdagangan hari rabu nanti. aku hendak sangat berjumpa dengan dia selepas itu kerana pada hari khamis dia mempunyai perkara yang harus dilakukan. entah apa dengan lesen motor. aku pula akan bertolak ke sabah pada hari jumaat nanti. aku akan merinduinya sungguhsungguh.
aku mengharapkan dia juga akan merindui aku.
aku sayang dia, sangat sayang dia. terlalu sayangkan dia. aku harus berhenti bercerita pasal dia sekarang juga. ...
baik, menukar topik ke sesuatu yang lebih meningkatkan minat untuk terus membaca blog aku ni yang aku tahu sungguh membosankan, (aku tahu lah- balikbalik pasal dia) aku akan ke banting bila dia pergi ke plkn nanti. aku ingin mencari diri aku semula, aku ingin mendekatkan diri aku kepada Allah semula, supaya dia dapat menyayangi aku kerana diri aku. dia tahu pelbagai perkara tentang aku, dan perkara itu masih akan kekal kerana itulah diri aku. itulah diri aku yang sebenarnya dalam topeng yang digelar kebaikan oleh kamu semua.
aku juga mungkin akan berpindah, namun aku tidak boleh memberitahu ke mana kerana soal berpindah ke tempat ini belum boleh dipastikan lagi. kena tunggu januari nanti baru aku beritahu, okay?
aku hendak menyatakan bahawa aku selalu sangat buat dosa pada kamu semua, jadi maafkanlah segala kesilapan aku, ya? terutamanya orang yang sangat aku menyayangi dan merindui waktu ini. maafkan, setulus ikhlas, seorang insan yang bergelar Sarah Kamarudin ini.
mana tahu, tempoh hidup aku sudah pun hendak menemui garisan tamatnya, dan aku masih lagi belum bertaubat. aku harap dia sedar mengapa aku telah mengatakan yang sedemikian dalam telefon pada jam 3.30 petang tadi. lebih baik dia yang meniggalkan aku, supaya aku tidak dapat meninggalkan dia. <3
Thursday, December 3, 2009
pejam celik @ 11:50 PM
tinggal kimia saja! :D
esok seni kertas 2 dan kemudian cuti 3 hari. aku mengharapkan dalam masa cuti itu aku mengambil kesempatan untuk membaca dan menelaah buku, mengkaji ilmu dalam masa yang tersangat singkat.
harapharap kertas kimia senang. kertas 2 untuk seni ini pun sudah susah, apa lagi kimia yang begitu. ya, seni susah. kerana kertas ini memerlukan kreativiti yang tinggi juga imaginasi serta bakat yang mantap. aku ambil cuma sebab dapat membantu aku untuk aku memasuki jurusan seni nanti. ha.
adik ku pulang jam 7 malam tadi daripada sesi keluar bersama rakanrakannya. dia baru lepas tengok new moon, dan aku, meskipun terasa hangat apabila mendengar perkataan yang sinonim dengan twilight, new moon dan koncokonconya, teringin melihat di pawagam. kata ah yi lihat di dunia siber saja, namun aku tidak mahu.
sudah hampir jam duabelas malam. aku harus tidur. <3
Tuesday, December 1, 2009
tinggal tiga subjek lagi! @ 5:57 PM
aku baru pulang dari sekolah, tadi ambil subjek saster inggeris. Alhamdulillah aku ucapkan ketika ketua pengawas mengambil kertas daripada tanganku. pengawas wanita yang cantik itu tersenyum lebar melihat gelagat aku juga iman yang tersengihsengih bagai kerang busuk. haha.
yalah, kalau nak fikirkan, ada tiga saja subjek yang tinggal hingga pengakhiran spm aku. nasib baiklah aku habis pada hari yang sama dengan kebanyakan rakanrakanku yang lain. cuma tinggal dia saja yang akan habis pada hari keesokan. aduh, rindu menggamit diri!
masa cuti empat hari hai itu, aku dua hari tidak menelaah pelajaran. dan inilah aku masa tak ada kerja pagipagi. :)