<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/750938006149678759?origin\x3dhttp://kejuatasroti.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Thursday, July 30, 2009

memperkenalkan... @ 11:42 PM

anak-anak kucing ku!!! tapi aku tak menamakan mereka lagi. tak tahu mana jantan mana betina. tak nampak lagi alat mereka. ahahahah! ;P

satu:


dua:


tiga:


empat:


dan ibu mereka, mo! mo ni suka risau.


tapi ini mo bila dia tidak risau. haha.

Tuesday, July 28, 2009

aku seekor kucing @ 5:46 PM

"percubaan spm sangat penting, kerana ada ipt yang mengambil permohonan berdasarkan keputusan percubaan kamu."

... bukan kah lebih mudah mengatakan kami akan mengambil spm pada 17 ogos nanti? aku dah mula tertekan. Astaghfirullah. aku benar-benar tidak bersedia langsung. terutama dalam subjek sains semua. aku dapat rasakan keretakan pada tiang pendirianku. semangatku kian rapuh, jauh dari genggamanku yang turut menjadi lemah. aku mencari dan mencari namun aku bagai orang buta, hanya bertongkatkan kayu uzur dan mengharapkan bantuan orang lain. kepercayaanku kepada mereka, kini kian menggarap pada apa yang kian pudar. apa yang dulu cahayanya terang dan pasti tapi tiada lagi.

ke mana perginya tempatku berpaut? haruskah aku yang memulakan segalanya baru engkau akan menyedari betapa perluya aku kepada kau? ya Allah, berikanlah aku hidayah. berikanlah mereka hidayah. supaya kami akan bersatu bergantung dengan kehadiran masing-masing. kerana kami manusia yang lemah ya Allah. kami perlukan sahabat, kami perlukan orang tersayang, dan utamanya, kami perlukan Engkau, ya Allah.

okay. gila emo, mummy. >.>

haha. tak apa. itu sedikit saja yang aku benarkan kamu semua lihat dari tetingkap hatiku. tak payah nak tengok lebih-lebih. mengada saja. kihkih. beralih kepada topik yang menggembirakan, kucing aku sudah bawa anaknya kemari ke rumah. comel bangat! macam aku. ahahaha. Astaghfirullah. riak nanti. esok insya-Allah aku akan letak gambar dia di sini dan di mana-mana yang berkaitan. mmmhm. (:

tadi aku bermain bersamanya dan kakak aku telah silap menghalau aku yang sedang menyorok di belakan mesin basuh. mana taknya, aku duk megiau-ngiau kat dapur, dia ingatkan aku ni kucing pula. haha. sudah tu, aku bagi jatuh pelbagai perkakas dapur. itulah, lain kali jangan letak kucing dekat rumah aku. sekarang aku dah jadi kucing. kahkahkah.

Monday, July 27, 2009

kesepian kerinduan kebencian @ 6:09 PM

dengar kata mukhsin dah sedar. Alhamdulillah la kalau macam tu. (: aku tak banyak nak kata pasal dia. tak kenal dia langsung. muka tak pernah tengok, apa lagi nak tahu perangai, ya tidak? aku cuma sangat terharu dengar dia boleh terselamat bala macam tu. aduh.

jam 5 petang aku sudah siap tusyen, rezeki aku pula ternampak az dari dalam van. tapi tahu sajalah mata aku ni. rabun. nampak dia, nampak bentuk badan saja. muka dan segala detail yang lain, maaflah. hm, malas nak fikirkan. nanti rindu sangat aku menangis lagi. macam 'pandai'.

orang kata aku ini sinis. haha. aku rasa tak ada manalah, kecuali seseorang itu suka menyakat aku atau menyakitkan hati aku. daddyku gemar membuli aku dengan mana-mana lelaki yang dia setakat ini hanya menyebut namanya sebagai 'boyfriend kak long'. dia tak tahu pun. tapi itulah masalah aku. aku nak daddy dan mummy tahu. susahlah berahsia macam ini. tapi nak buat macam mana, dah si dia kata "nanti-nantilah," aku pun malas nak ungkit balik. takut dia fikir aku ni suka mendesak atau terlalu terburu-buru. bukan apalah, cuma aku tak nak kena fitnah dengan mummy daddyku kalau satu saat nanti kantoi. lebih baik jumpa dan tahu daripada diorang memaki hamun aku lagi dan mula menggelar aku sebagai bohsia. erk...

adik-adikku sedang bergaduh di tingkat bawah. malu aku mendengarnya. apalah kata orang jiran sebelah ya? "kakak diorang tak reti nak ajar adik-adik dia adab," ... atau, "adik siapalah tu?" ... atau, "tak malunya anak dara orang sebelah ni."

ah, peduli apa aku? otak aku ada banyak lagi benda nak fikirkan dan apa yang jiran sebelah kata bukan hak aku nak tahu. biar sedar saja jaga tepi kain sendiri. menu malam hari ini, ikan bakar. (: nak rasa jemputlah datang rumah. tapi datang awal-awal sikit tahu, takut nanti tinggal tulang saja yang boleh kami sedekahkan. ahahaha. yalah, aku yang masak, mana taknya? ;P

jumaat ini mungkin tak boleh jumpa dia. mungkin sampai bila-bila. entah kenapa. bukan sebab puasa saja, tapi tahu sajalah gerak hati perempuan. kadang betul kadang tidak. hm... semalam tengok Harry Potter. aku terkedu melihat perasaan kasih sayang yang typical antara remaja dipaparkan di hadapan mata aku. buat aku semakin rindu, jadi aku hanya memfokuskan mindaku kepada jalan cerita. aku tahu Dumbledore akan mati, tapi tidak sangka cara mereka menggambarkannya sangat menyedihkan. aku menangis wooo. nasib baik gelap. nasib baik az tak ada. kalau tidak mesti dia usik. mungkin tidak, tapi mamat aku ni susah nak baca. salah satu sebab aku suka dia. kehkeh.

perkara yang harus aku selesaikan akhir minggu ini:

o1. siapkan layout kelas.
o2. siapkan az punya menu. ahahha. ;9
o3. siapkan album kelas.
o4. notaaaaa.

lagi? entah la. mungkin ada lagi kot. tapi tak payah aku nak tulis semua kat sini. bukan kamu semua nak tolong pun. tolong tengok adalah kot. atau tolong gelak. haha.

hari jumaat ni aku ada sesi pengajaran bersama ahli sidang redaksi yang lain. senang cerita, bersama editor sekolah la. harus mengajar mereka bagaimana hendak membuat majalah menggunakan photoshop memandangkan publisher sekolah tak cetak guna Publisher lagi. kesian mereka, terutama najwa yang sudah banyak menyiapkan kerja. mm. aku akan berusaha untuk menyenangkan pekerjaan mereka, insya-Allah. "i'm here to save the day," lah kononnya. kahkahkah.

okay, sudah lewat. aku harus memulangkan semula komputerku yang aku curi keluar dari bilik mummy sementara dia pergi ke kerja. maaf hafidzi, aku tak boleh siapkan hari ni, ya? sabar sajalah, ini semua kerja aku. kau tunggu sampai hari rabu baru aku bawa laptop ke sekolah. esok aku bebas. puasa lagiii! wee! :]

aaaah! baru pulang sekolah! tidak mandi lagi, tidak solat lagi. malasnya nak pergi tusyen. huhu.

tidak jadi puasa hari ini. tak guna punya jam loceng, aku dah semangat nak puasa sekali tak bunyi. tak apalah, insya-Allah esok puasa. seminggu ni nak puasa supaya tak berhutang lagi. banyak pekerjaan yang harus aku siapkan minggu ini. moga-moga dengan berkat puasa aku dapat menyelesaikan semuanya dengan baik. aku dapat tugas baru! membuat sektor album kelas dalam majalah sekolah. bolehlah aku tolong hilangkan jerawat kamu semua, ya? kahkahkah.

layout kelas aku pun tak siap lagi. mmpfh. minggu ini minggu terakhir. rasa macam nak cabut kepala sendiri. sudahlah nota biologi aku ada lagi yang harus aku siapkan. fizik lagi. aduh. tak apalah, nak buat macam mana. aku akan anggap ini sebagai satu ulangkaji.

oh ya. tarikh percubaan diawalkan pada 17 Ogos 2009. aku satu benda pun tak belajar balik. semua bergantung pada sesi pembelajaran dalam kelas. itu pun aku rasa tak ada informasi langsung yang masuk dalam otak aku terutama kimia dan fizik. matematik tambahan aku rasa okay lagi. sehingga di saat bila aku menatap kertas soalan. haha. insya-Allah.

baiklah! aku harus bergegas untuk bersiap. tak mahu pergi tusyen tanpa memakai baju bersih!

Saturday, July 25, 2009

aku suka menangis @ 12:22 PM

mmph. semua orang post pasal mukhsin, jadi aku pun nak join.

aku tak kenal dia. tapi apa yang pasti apa yang berlaku pada dia sungguh dahsyat. tetapi itu semua takdir Allah. aku menangis semalam. pasal mukhsin, pasal apa entah lagi. tapi yang utama pasal mukhsin la. aku memang suka menangis. jadi senyap. tak payah nak rungut. air mata aku, suka hati akulah nak buat apa. nak keluarkan atau simpan. itu hak aku.

aku doakan untuk dia semoga insya-Allah cepat sembuh. bukan apa, dia manusia juga. saudara Islam juga. haih. itulah orang kata, mati tidak kira umur, tidak kira masa. semasa aku berada di Maahad Tahfiz di Taman Melawati, setiap pagi selepas menunaikan solat Subuh, Ustaz aku akan membaca Basmallah dan mulakan intisari paginya dengan hadis Rasulullah juga dia akan menyelitkan beberapa petikan ayat-ayat al-Quran.
barangsiapa yang membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali sebelum tidur, nescaya Allah akan menghalang daripada gangguan syaitan dan manusia, pencuri dan kebakaran. daripada kematian mengejut, serta ditolakkan segala bala Allah Taala.
kalau dulu aku sukar untuk menuturkan bacaan Bismillah, sekarang tidak lagi. mengucapkan Lailahaillallah juga akan ditolak 99 pintu bala dan paling kurang bala dukacita. semenjak faith healing semasa program hari itu aku tidak lagi berasa malas. kira Alhamdulillah lah. jadi nak memendekkan ucapan aku ini yang semakin lama semakin macam ceramah, maka mulakanlah sesuatu pekerjaan dengan Basmallah.

hm... tadi aku pergi ke pasar bersama daddyku seperti biasa yang kami lakukan pada setiap pagi sabtu dan aku menceritakan tentang hal mukhsin. dia kata memang kalau pagi-pagi atau waktu pulang sekolah manusia di dunia ini hanya memikirkan hal mereka saja. mahu cepat saja tahu, tidak memikirkan perihal orang lain. aku cuma senyum. aku tahu di dalam hatinya dia sedang marah pada orang yang sungguh cuai membawa kenderaan. mungkin menyumpah-nyumpah juga tapi aku tidak berani nak berkata jika benar atau tidak.

semasa pulang, aku juga daddy singgah ke wei poh. tahu-tahu saja kereta estima mati. aduh, duduklah aku juga cheese (adikku iman) di dalam kereta kepanasan sambil menunggu mekanik memasang bateri baru. nasib baiklah dekat saja bengkel kereta. kalau dulu mati di one utama di tingkat atas sekali. kira bagus mati tengah malam jam 8 macam itu, bukan ketika matahari terik di atas kepala. tidak mengapa. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

jadi ingat, nak buka enjin kenderaan pun baca Bismillah dulu. mana tahu panas sangat tiba-tiba meletup atau apa-apa. ish ish ish. terutama az. hari tu jatuh motor, nasib baik tak apa-apa. haaa! naik motor tak baca Bismillah kut! kihkihkih. sayang awak boo.

akhir kata: muhksin, ramai orang mendoakan kau. cepat sembuh yaaa. (:

Friday, July 24, 2009

selamat tinggal puan badariah @ 11:03 AM

huhu. semalam hujan. jadi daddy tak pergi pasar tani beli daging. ):

aku betul-betul nak masak stew hari ni. dah mengidam dah. waaaa! nangis la. aku sibuk menunggu hari daddyku membeli daging saja, lepas itu aku masakkan. bukan susah pun. haih. ini lah sebab aku perlu bekerja. bila dah boleh kerja, mesti dah ada lesen kereta. dah ada kereta sendiri. dah boleh pandu kereta sendiri ke pasar tani dan beli daging pinang pakai duit sendiri. tak payah tunggu-tunggu orang lain. tak apalah. mungkin bukan rezeki aku minggu ini. nampaknya terpaksa aku menunggu seminggu lagi. hm...

hari ini aku tidak pergi ke sekolah. sakit lagi. semalam dah sihat, boleh puasa. eee, mengada-ngadalah badan aku ini. suka meragam tak tentu pasal. semalam belajar sambil buat nota untuk biologi sehingga jam 1.15 pagi. sudah tu terlelap. biasa-biasa aku bangun jam 3 pagi untuk menunaikan solat Isya' beserta solat hajat tetapi tidak pula malam itu. sedihnya aku tetinggal solat. aku harus tukar jadual aku.

jadi, pagi tadi aku bangun jam 6.30 selepas dikejutkan oleh kakakku yang mukanya pun masih lagi kelihatan seperti mahu kembali ke alam tidur lagi. aku apa lagi, bergegas ke tandas untuk mandi dan menunaikan solat Subuh. tahu-tahu saja suhu badan aku naik. tak banyak, sedikit. aduh, kalau aku sudah makan ubat semalam malam kan mesti aku tidak perlu cutikan diri aku. lalu aku yang dah mandi dan bersemangat ini turun ke bawah untuk bersarapan bersama adik-adikku yang seorang tidak sabar untuk ke sekolah dan seorang lagi yang memang malas untuk ke sekolah. sedang aku mengunyah makanan, teringat pula hari ini Puan Badar bersara. aduh, sedihnya. tidak dapat aku memohon maaf atas segala kesalahan aku sepanjang dia telah berbakti di sekolah aku.

satu pagi yang suram. namun aku harap semuanya akan bertukar selepas Zuhur nanti. (:

Thursday, July 23, 2009

az peniru. blueeek @ 5:50 PM

haha. tak adalah. sayang az. ;P

baiklah, hari ini aku nak tulis pendek-pendek sebab aku puasa dan tidak berapa ada angin nak berceloteh tentang apa yang sedang berada di benak fikiranku sekarang. bukan apa, mengantuk saja. kalau nak tidur, malas pula bila termimpi kerja rumah yang tergendala bagai nak gila di atas meja. haih. balik-balik pasal sekolah. padan lah aku ini cepat membosankan manusia-manusia lain.

hm, nanti malam nak buka puasa makan apa ya? ada idea, kongsilah. tapi yang pasti, aku nak jagung cawan. weeeee! (: oh! hari ni ada pasar tani. nak pegi beli daging pinang la. mmhm. esok masak stew. lepas tu masak cendawan lada. ooooh. hahaha. macam-macam lah aku ni. bercakap pasal makanan ni teringat aku pasal apa yang aku telah karangkan dalam otak aku tengahari semalam semasa menolong kakakku masak lauk pinang.

aku tak reti memasak makanan melayu. aku tak tahu nanti aku kahwin macam mana. kalau tengok resipi tu boleh la sebab aku ini tengah ada penyakit memori pendek. yang hairannya, aku boleh pulak masak masakan eropah. terutama makanan manisan selepas makanan utama seperti cookies, puding karamel, brownies, puding roti dan macam-macam lagi. haha. gemuklah suami dan anak-anak aku nanti. tapi tak mengapa kerana nanti aku akan kelihatan kurus! wakakaka.

okaylah. sudah pukul enam dan aku hendak turun ke bawah untuk menganggu kakakku di dapur. heh heh heh. >)

Wednesday, July 22, 2009

hadiah buat daddy @ 12:00 PM

okay, bukan aku yang bagi hadiah itu, tetapi teman daddy yang baru saja pulang dari negeri czech republic iaitu uncle najib. aku tidak tahu sejak tahun bila mereka menjadi sangat akrab antara satu sama lain, namun itu bukan persoalannya di sini. apa yang aku ingin katakan adalah uncle najib sudah menjadi jutawan, terima kasih kepada exxonmobil yang memindahkan dia ke tempat terpencil di negeri yang beribu batu jauhnya dari malaysia. dia telah bertugas di sana sejak bulan februari lagi dan apabila dia telah selamat pulang ke malaysia, dia dengan berbesar hatinya menghadiahkan daddyku sebuah komputer iMac, sebuah mesin pencetak HP dan sebuah iPhone. pada malam daddyku membawa pulang hadiahnya, aku yang terlalu sibuk menyelesaikan tugas seni folio aku (yang kini Alhamdulillah telah sampai ke tangan puan razani dan yang aku tidak mahu melihatnya lagi. Amin) telah diganggu oleh adikku yasmin yang sangatlah gembira sehingga badannya yang kecil mampu mengoncangkan aku sampailah aku menjadi pening.

"kak long! kak loooong!" dia berhenti seketika untuk menarik nafas baru dan mula menjerit lagi, "kak loooong! daddy dapat iMac! dapat iPhone! printer lagi tuuu!"

aku dengan hairannya bertanya, "kau kena penyakit apa ni, peanut?"

"uncle najib bagi daddy hadiaaaaah! eeee! sukanyaa!" katanya lagi.

aku ketawa riang. Masya-Allah budak ni, fikirku sambil menggelang kepala. "yalah. daddy. bukan kau. ahahahaha!"

"tak adalah! best gila!" dia enggan mengalah.

"haha. baguslah. sesuai dengan nama kau. peanut," sindirku. yasmin terus mencebik mukanya dan kemudian keluar dari kamar tidur kami untuk terus menjerit ke telinga kakakku. walaupun aku tidak menunjukkan sebarang kegembiraan untuk hadiah baru yang daddy terima, tetapi dalam hatiku sedang melonjak-lonjak untuk berlari ke bilik tidurnya dan melihat sendiri dengan biji mataku apa yang dikatakan yasmin itu benar ataupun tidak. selama dua hari aku sengaja mengelakkan diriku daripada memasuki bilik tidur mummy dan daddy supaya mataku tidak terbeliak keluar dari soketnya. pada malam ketiga barulah aku bertanya kepada mummy semasa ketiadaan daddy, mengapa uncle najib begitu murah hati untuk membelikan daddy permainan yang sebegitu mahal. ketika itulah mummy menceritakan hal migrasi luaran uncle najib oleh syarikat minyak antarabangsa exxonmobil itu juga tentang perihal daddyku yang telah berbakti kepada uncle najib dengan membaiki komputernya. ... ataupun apa-apa saja. haha.

namun berita baik mestilah diiringi oleh berita buruk. komputer ribaku telah dirampas oleh mummy pada malam isnin. aku tidak kisah, sebenarnya. yang geramnya mummy ambil komputer kesayanganku disaat-saat yang aku memang memerlukannya. logikkah tindakan mummy ketika aku sedang memakai komputerku untuk menyiapkan tugasan seni yang telah dia tekankan kepadaku sejak hari sabtu lagi? ah, malaslah hendak aku fikirkan. buat botak kepala saja. hehe.

sekarang satu-satunya cara aku boleh hubungi jantung pisangku adalah melalui telefon bimbitku. namun begitu, dia pula yang selalu ada masalah. sibuklah, telefonnya rosaklah, hendak aku mulakan dululah. walaupun dia tidak berkata terus-terang begitu kepada aku, itu jugalah yang hati kecil aku ini sedang berbisik kepadaku. aku menceritakan kepada remy tetang ini dan dia kata, az itu sengaja hendak uji aku jika aku sayang dia atau tidak, tapi kalau dah tiap-tiap hari, itu bukan menguji namanya. itu ingin membuat aku gila. haha.

tapi tidak mengapalah. aku sayang dia dan aku tidak kisahlah kalau dia hendak berbuat aku macam mana. asal tidak main kau tiga sudah. ;P oh ya, sebelum aku terlupa, aku hendak menyatakan bahawa bahasa melayu aku tidak sempurna. aku tidak mengambil faktor kata sendi, kata nama, predikat, subjek dan semua undang-undang yang merapu-rapu itu. tak payahlah menegur aku, okay? aku menulis ikut suka hati. nak baca, diam saja. tak usahlah mengutuk-ngutuk aku. jangan jadi karma sudah, kan? hendak berkata orang, cerminlah diri dulu. kahkahkah.

solat zuhur mahu masuk. aku pula belum mandi kerana syok sangat dicutikan oleh doktor selama dua hari. heh.

Monday, July 20, 2009

folio seni lagi @ 7:45 PM

tarikh 22 julai akan menandakan hari yang aku harus menghatar folio seni aku. Alhamdulillah, tidak perlulah aku tergesa-gesa sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan untuk menyiapkan tugasan yang lama-kelamaan ku terasa ingin mencampaknya ke luar tingkap. okay, aku terima rungutan- eh, silap. komen daripada guru seni aku, puan razani bahawasanya aku ini sangatlah pemalas. aku boleh menerima hakikat itu. tetapi yang membuat aku hendak mengoyak rabakkan helaian kertas a3 aku sehingga tinggal debuan sahaja adalah dia merungut kepada mummyku. bukan itu sahaja, malah dia bising kepada mummyku yang akhirnya pulang ke rumah dan terus memaki hamunku kerana tidak menyiapkan tugasan yang diamanahkan.

suka hati akulah nak buat cepat atau tidak. grr.

walaupun aku gemar membuat sesuatu pekerjaan pada saat akhir, namun hasil yang aku perlihatkan kepada mereka amatlah memberangsangkan. sudahlah dengan mengingatkan aku di hadapan guru-guru lain, tidak perlu menghebohkan hal ini kepada mummyku. sakit telinga yang aku rasa kemudiannya tidak setanding dengan sakit jiwa yang aku sedang mengalami. aku lali untuk memarah sesiapa saja. hanya membazir air liurku. bukannya membuat sesorang itu mendengar, semakin menutup lubang telinganya ada lah.

tadi mummy berkata samaku, "kau ni. siapkan mana yang penting dulu. ini tidak, asyik menatap komputer tu."

ya, aku memang suka menatap komputerku. kerana alat teknologi inilah yang membekalkan aku perkara yang aku perlukan untuk mereka grafik. bila difikirkan, komputer ini jugalah yang akan membantu aku untuk mendapat nasi sepinggan pada masa akan datang. haha. baiklah, aku harus pergi. kalau dilihat duduk di hadapan komputer ini oleh mummyku lagi, selamat tinggal dunia multimedia. ;P

Sunday, July 19, 2009

aku dan tangga @ 9:41 PM

tiga post dalam satu hari. sudah sah kelihatan bahawa aku tidak mempunyai sebarang pekerjaan. okay, aku ada, tapi tahu sajalah. pemalas. aduh, aku harus berzikir banyak-banyak supaya angin malas aku keluar. hmm, folio seni aku masih tergendala. ini semua safwan punya pasal. kalau dia tidak menghilangkan alat-alat seni aku tentu sudah siap folio seni aku. tapi nak buat macam mana. dah terjadi. aku maafkan dia, namun dia masih lagi tidak ganti-ganti barangan aku. huhu.

tujuan sebenar aku menulis post ketiga ini adalah kerana aku hendak memberitahu semua bahawa aku ini sangatlah cuai. itulah konklusi yang aku peroleh daripada membuat ujikaji sebab aku jatuh tangga. antara itu ataupun tangga itu memang benci padaku. ini kali ke seribu aku telah bergolek bagaikan satu bola dari atas ke bawah. mungkin sudah nasib. insya-Allah aku akan cuba mengelak daripada tersalah pijak. tetapi pada mereka yang kenal aku, sebenarnya bukan silap aku mahupun tangga itu. silap kaki aku yang memang tidak berkoordinasi. dalam erti kata lain, tidak stabil. yang hairannya, langkah aku berjalan baik saja ketika aku memakai kasut tinggi. mengapa bila kaki aku berpijak dengan tapak yang lebih besar aku kerap kali saja jatuh aku pun tidak tahu.

oh, guru besar sekolah aku telah mengarahkan pekerja buruh untuk memasang pagar untuk menjadikan sekolah itu satu penjara dua tahun yang lepas. semasa aku tingkatan 4, aku lalulah di hadapan satu tangga dan hampir-hampir saja diremuk pagar yang terbukti tidak selamat. skru longgar atau roda longgar, aku pun tidak tahu. yang pasti, aku hampir kehilangan nyawa aku. Alhamdulillah, selepas kejadian itu, aku tidak pernah lagi bertemu dengan apa-apa bala yang berkaitan dengan tangga sekolah. namun aku tidak boleh katakan hal yang serupa dengan tangga rumahku. mungkin telah berubah tempat kot. hahaha. apa-apa sajalah.

sekarang jam 10.24 malam. aku patut tidur, tapi... folio seni. >.>

aku merupakan salah seorang daripada ahli jawatan kuasa sidang redaksi dalam bahagian grafik pada tahun ini dan baru-baru ini aku telah menyiapkan satu tugasan yang penting iaitu untuk mereka muka depan majalah sekolah edisi ketiga tahun 2009. ini merupakan satu beban yang amat tinggi yang telah diletakkan pada bahuku dan aku sangatlah gementar apabila aku hendak membentangkan kepada guru editor hasil yang telah aku buahkan dalam hanya tiga hari. walaupun aku telah dianugerahkan kehormatan ini sejak awal tahun lagi, tetapi aku mempunyai satu sikap yang amat buruk yang suka menangguhkan sesuatu pekerjaan mengikut angin aku pada hari itu.

tema pada tahun ini adalah keamanan dan kemakmuran dan sesungguhnya tema ini telah menjadi satu cabaran untuk aku menghasilkan sebuah muka depan yang berkualiti tinggi. seperti yang tertera di hadapan biji mata anda, gambar di sebelah merupakan hasil titik peluh juga malam-malam yang aku tidak dapat memenuhi kuota jam tidur aku. ini mungkin kelihatan seperti satu gambar tetapi bukan. tiga gambar telah dimasukkan dan dieditkan supaya dapat mengaburi penglihatan mata insan-insan seperti anda yang kemudiannya telah melalui proses pencerahan, penambahbaikan warna juga kualiti pixel. selepas ini, ada kemungkinan aku akan melakukan dua atau tiga lagi variasi tetapi amatlah digalakkan supaya tidak berharap kerana aku ini sangatlah 'rajin'.

selain ditugaskan untuk membuat muka hadapan majalah sekolah, aku juga diarahkan untuk membuat pembahagi majalah seperti nadi, laporan akademik dan kokurikulum, album kelas dan sebagainya. dan mentang-mentanglah aku ini memang mereka labelkan sebagai 'pereka grafik terhebat sekolah' (haha, dalam mimpi aku), guru kelas aku telah mengambil kesempatan untuk menugaskan aku membuat dekorasi pada satu muka surat yang khas disediakan untuk kelas-kelas warga tua taman desa. sudahlah begitu, bahan yang aku perlukan berada di dalam posisi tangan hafidzi dan dia ini amatlah susah untuk aku hubungi. kononnya dia akan menguploadkan gambar-gambar ke dalam akaun facebooknya, tetapi tidak ku lihat pun.

oh ya, pada malam hari khamis (malam jumaat lah, pandai) aku dengan sikap bersahaja aku membuka majalah-majalah sekolah pada tahun-tahun yang lepas. dan dengan penuh kebetulan, aku terlihat wajah lelaki aku terpampang dihadapan batang hidung aku. kemudian aku ketawa seorang diri bagai orang gila -- haha, macamlah aku ini tidak gila di permulaannya. bukan apa, kelakar melihat dia. posing maut dia memang menarik perhatianku. huahuahua. okay, aku bergurau saja. tetapi senyuman dia memang tidak boleh aku lupakan. sayangnya di dalam gambar kelas tahun lepas, dia telah memaparkan satu ekspresi muka yang memang aku rasakan dia tidak patut lakukan. bagai orang baru lepas bangun tidur saja yang dipaksa untuk berdiri bersama rakan sekelas yang lain. hahaha.

tapi apa yang pastinya adalah dia masih lagi berjaya membuat aku menatap air mukanya untuk lima minit lamanya. untuk pengetahuan anda, aku tidak obses sama dia. cuma terpikat sehingga tahap kritikal. kahkahkah!

kamu ada senyuman seorang penyayang. kamu mengambil berat tentang sesiapa saja yang kamu mempunyai hubungan rapat. memang sukar pada orang lain untuk marah kamu pasal apa-apa saja, memandangkan kamu ini terlalu baik. sesiapa yang kamu sedang keluar dengan berasa sangat sayang pada kamu, tetapi kamu ada sikap untuk menjadi terlalu obsesif. kamu selalu memberi kepada semua, jadi duduk dan berehatlah seketika dan gembirakan diri kamu pula.

-- dipetik daripada keputusan kuiz 'senyuman manakah kamu?'

baiklah, terbukti aku salah. ahaha. sudahlah, bazir masa saja membaca nukilan aku yang merapu-rapu ini. heh. ;P

jam 1.16 tengah hari dan aku masih lagi memakai baju tidurku. ku berasa amat malas untuk mandi. haha, telanjang pakai kain batik sudah ya? aku tidur jam tiga pagi tadi dan bangun pada enam jam kemudian. sedar akan waktu tidur yang diperlukan tidak mencukupi, aku sambung tidur untuk satu jam. halal lah. nanti aku sambung tidur lagi selepas solat zohor. mm, nak mimpi pasal dia lagi. ahahah. tidak la, aku tidak pernah mimpi tentang dia lagi dan aku amat berharap aku tidak akan mimpi dia. yalah, dia kan sexy. wakakaka. takut nanti mainan tidur itu nanti menjadi impianku pula. haha dosa, ya Allah. ampuuun.

sebab aku tidur lewat adalah kerana azeri. semalam online sehingga tidak ingat dunia. aku benar-benar tak mahu berjumpa dengan dia lagi. kahkah, kalau azlin membaca blog aku ini tentu dia akan mengejek aku. aku telah mengucapkan kata-kata yang serupa sudah tiga kali, namun aku tetap berjumpa dengan az. tidakkah bodoh namanya itu? aku tidak boleh tipu. aku masih rindu dia, tetap rindu dia dan aku tidak mahu berpisah dengan dia tiap kali bertemu. aku terikat. aku tak suka! aku bagai seekor singa betina yang bahaya. dia telah mengikat satu tali padaku dan telah berjaya menjinakkan aku. serupa dengan hatiku. dengan satu tali halimunan yang begitu halus, dia menyimpul dan menarik hatiku kepadanya.

"tak sangka aku, kau ni jiwang juga!" kata remy semalam. aku cuma mentertawakan dia. ya, aku ini memang jiwang, tapi aku malas menunjuknya di hadapan orang. aku ini sungguh teruk. bangun tidur saja teringat pasal dia, tulis pasal dia. kata dia, aku seorang saja yang dia ada. aku cuma dapat membalas dengan senyuman yang tersipu malu. alangkah terasa bagai orang yang tidak tahu hala apabila aku membaca di dalam keadaan aku membayangkan jikalau tiada lagi 'aku dan dia'. tapi tidak, aku enggan memikirkan itu. biarlah aku terhayun dibuai angan-angan. perbuatan itu lebih baik daripada aku kerap naik angin turun angin setiap hari. haha.

baiklah, aku harus mengundur diri untuk ke kamar mandi pula. nanti mummyku marah. sudah kerana aku saja, terpalit semua adik-adikku. kasihan mereka. huhu.

aku tidak kenal siapa dia yang sebenarnya. tapi apa yang pasti, aku sayang dia. demi Allah, aku tak tipu. aku akui yang aku ini seorang yang cepat cemburu, namun apabila aku berada di sisi dia, aku terasa sangat dihargai walaupun ramai perempuan yang berlumba-lumba untuk digelar sebagai kepunyaan dia. mrs. az la kononnya. ramai-ramai jelitawan di luar sana, mengapa aku? itu salah satu sebab aku sayang dia. bukan kerana dia kacak dan menggoda tetapi kerana dia pilih aku. aku, bukan perempuan lain.

aku tak tahu kalau dia hanya bergurau senda tentang ingin memperisteri aku, tapi insya-Allah. kalau memang jodoh aku dengan dia, maka aku tak akan menolaknya. aku sayang dia kuat-kuat. ketat-ketat. dialah buah jantung pisang hati aku dan aku tak nak melepaskan dia, biarlah walaupun dia busuk. dia kata, "orang yang paling kita sayanglah yang susah kita nak sayang." ada kebenarannya. dalam banyak hubungan aku dengan lelaki yang lain, dia seorang sajalah yang aku betul-betul terasa kelainan. bukan kelainan dari segi fizikal, maklumlah, akukan seorang yang hodoh dan memang berhak mendapat seorang lelaki yang sama taraf dengan aku, tapi dari segi perasaan. kalau dulu aku boleh rasa sayang cinta dengan pasangan aku, dengan dia, aku rasa sayang saja. tak lebih, tak kurang.

dia mungkin tidak tahu perasaan aku ini, dan aku tidak akan bakal memberitahu dia. tapi, aku mahu satu alam semesta tahu. supaya menjadi bukti kepada dia bahawa aku tidak pernah akan tinggalkan dia demi apa-apa pun -- lelaki, wang, perasaan -- melainkan dia yang membuat kata putus. talak! aduh, aku tidak mahu itu. minta simpang sajalah ya? saya sayang kamu, azeri muradi. sungguh.

sudah lewat malam, namun dia masih lagi online. dan aku tidak akan tinggalkan komputer ribaku selagi dia tidak mengucapkan selamat malam padaku.

Saturday, July 18, 2009

siapa perlukan tajuk? @ 7:33 PM

aku terasa aneh hendak bertulis di dalam bahasa malaysia tetapi sudah berazam untuk memperbaiki kata-kata aku -- maklumlah, anak mat salleh celup katakan -- supaya bahasa aku tidak akan menyakiti telinga-telinga yang siap terpasang di kepala apabila hendak mendengar aku berucap di khalayak ramai. demi Allah, aku tak reti, tapi setiap benda ada permulaan, ya tidak?

sebenarnya aku sudah pun terlalulah malas untuk berkias-kias dalam bahasa inggeris lagi. aku terlalu banyak mengamalkan perkataan yang tidak sepatutnya diutas dari mulut seorang perempuan, walaupun aku telah insaf sudah beberapa kali sebelumnya. perlukah aku ditandakan sebagai seorang hipokrit? ya. tapi semua manusia adalah hipokrit. adakah itu bermaksud tidak ada seorang yang sebenar-benarnya hipokrit? ah, tidak kisah lah. utamanya, aku harus berubah.

hati aku sekarang terasa amat sakit. bukannya apa, cuma hal abang angkat saja. pendek kata, dia berkemungkinan telah menjarakkan dirinya dengan aku kerana pasangan aku. aku tidak pernah melupakan dia, mungkin terlalu sibuk dengan hal sekolah aku sampai alpa hendak mengingatkan dia yang aku sayang juga sama dia. "pedulikan saja," kata azeri. namun bagaimana, itu persoalannya. mudah dibicarakan, tetapi sukar untuk ditunaikan. haih, hati wanita, siapa yang faham? jikalau aku seorang perempuan tidak boleh mengerti maka sukar untuk mencari seorang manusia yang boleh mentafsirkan isi hati wanita yang lain. sudahlah, buat pusing kepala aku saja memikirkannya.

aku sayang sama azeri aku, namun aku benar-benar berharap agar dia dapat berasa selesa disisi aku kerana semalam dia jumpa bersama aku bagaikan dipaksa. tidak ikhlas. mungkin perasaan aku saja, tapi mungkin ada kebenaran di sebalik kata-kata. dia jarang berkata-kata hal peribadi disamping aku dan aku tidak mahu kelihatan bagai seorang perempuan yang terlalu suka memaksa, kerana hakikatnya, aku memang suka memaksa, dengan cara aku tersendiri. namun begitu, aku sudah mula berfikiran positif. kerana semua yang berlaku pasti ada hikmatnya.

tadi petang, aku berjumpa bersama kekasih lamaku. hahaha. tidaklah, cuma teman masa aku naif dahulu. ku panggilnya remy. aku senang hati berkawan dengan dia kerana dia suka membuat aku ketawa hingga tidak kering gusi. walaupun pada satu saat dahulu aku sangatlah amarahnya kepada dia kerana menganggu ketenteraman hidup aku, namun aku tidak dapat melepaskan dia sebagai teman aku. lama-lama aku berkawan dengan dia, aku tidak mahu dia pulang. ececeh, bagaikan aku suka dia pula tapi tidaklah. kalau aku mempunyai sebarang masalah, dialah aku cari. aku terlalu malu hendak mengadu pada azeri kerana dia tidak pernah mengadu padaku. jadi serilah kita ya, sayang? hehe.

berbalik kepada remy, dia ini seorang sahaja aku tidak pernah bergaduh. daddy juga mummy aku pun sering memerli aku sama dia tetapi aku geli dengan hanya mendengarnya, apa lagi membayangkan jika aku betul-betul berpasangan dengan dia. teman tapi mesra, tapi mesra kami tidak mesra-mesra bagai mesranya aku dengan azeri. wah, teringat pula aku dengan kisah silamku pada jumaat yang lepas. astargha. ahaha. shh, putera kena senyap, tidak boleh heboh-hebohkan rahasia kita. wakakaka.

ish ish ish. sudah masuk solat maghrib dan aku masih lagi mempunyai bau-bauan daripada beriadah petang tadi bersama azlin dan remy. haha. jumpa lagi!

.selamat datang

hai orang yang tak ku kenali mahupun yang aku kenali, namaku Sarah. namun demi mengelakkan kekeliruan daripada berlaku, maklumlah dunia ini luas, maka digalakkan memanggil dengan ejaan Sarra atau Saraa atau Sara atau... ya, sudah jelas kan? orang kata, aku ini seorang yang baik tapi aku menafikan fakta itu kerana aku hanya seorang manusia biasa. aku kepunyaan seorang lelaki bernama Azeri, dan aku sayang dia, walaupun dia bukan teman lelaki aku. noktah.

.profil

tujuhbelas, desarian, merasakan diri ini sempurna dalam kepelikan, suka menyindir, dan gemar mencabuli penggunaan emotikon (: di setiap penghujung ayat.

.teman celoteh

Amar Amer Fateen Dayana Hafidzi Haris Hazirah Imaan Qisti Sarra Sue Yen Yong Sofea Zafran Zulkarnain

.diari

July 2009, August 2009, September 2009, October 2009, November 2009, December 2009, January 2010,

.layout

infravermelho