aku perlu menukarkan layout aku.
terlalu complicated. yeah... aku nak rojak kejap.
hidup sepanjang 28 hari selepas spm begitu membosankan. okay, mungkin tidak sangatlah, memangdangkan aku pergi melancong ke sabah dan kemudian mengembara ke bahagian timur semenanjung malaysia dan kemudiannya mendaki bukit atau gunung atau apa-apa hanya untuk bermandimanda di air terjun lepok.
ini meningkatkan kesedaran aku bahawa aku memang gemar mengembara. dan menulis. mungkin aku patut jadi seorang penulis yang mengembara dan menulis tentang tempat-tempat yang telah berjaya ditawan. :)
tapi apabila aku lihat semula, kawankawan aku semua sungguh petah berbahasa, grammar dan vocabulary sungguh tinggi, aku antara yang lain jatuh kecundang dalam kejuaraan penggunaan bahasa. tapi apa aku kisah? sekarang aku tidak menghiraukan semua itu, tapi aku tahu satu saat nanti aku akan mengamuk juga pada diri aku sebab tak berusaha lebih untuk berada di tingkat paling atas. puncak kemenangan.
aku tulis ini sebab aku malas, sungguh contradicting dengan azam tahun baru aku:
kualiti tahun ini harus dipertingkatkan. biar dari segi kesihatan, ilmu dan kewangan.
right... macam lah aku ni pernah berikhtiar untuk apa-apa. azeri pun datang bergolek, aku cuma mengatakan ya sebab hidup aku bosan dan kesunyian dan aku tak suka pada semua itu. don't we all, kan?
aktiviti harian aku pada tahun 2010:
bangun pagi, then makan sambil tengok tv. tepat jam 12.30 tengahari aku akan menghantar adikku, yasmin, ke sekolah. (itu pun aku seudah malas hendak buat.) selepas pulang, duduk lagi, solat, duduk lagi, tidur, makan, duduk lagi, tengok tv, online facebook dan myspace dan youtube dan segala macam website yang dapat menghilangkan rasa kebosanan aku. then petang nanti aku keluar ambil yasmin, then malam tu makan or whatever and then telefon edzra untuk bersembang halhal serius mahupun tidak membawa sebarang faedah sehingga jam 12 malam dan kemudian aku akan menelefon azeri (atau dia telefon aku) dan bualbualbual kemudiannya tidur.
esok pagi, ulang benda yang sama.
tapi Alhamdulillah, bermula hari sabtu nanti aku akan mula kelas memandu aku. 10 jam hanya untuk RM885 sahaja. then aku ada kelas bahasa Arab pada keesokan harinya dan hari Selasa. lepas tu aku ke kelas memandu lagi pada hari rabu.
all in all, hidup aku lengkap untuk empat hari.
jadi ada spare tiga hari lagi nak buat apa ya? hm...
oh ya, aku juga sangat memerlukan handphone yang baru. aku ingat nak minta daddy belikan Eseries untuk aku kalau result aku okay (RM700 je), tapi laptop aku pun sebenarnya dah fried, macam kena toast kat atas panggang barbeque, you know? battery suka mati, then usb port semua rosak. daddy pula beranganangan hendak beli iPhone.
sudah itu, azeri sudah mula bekerja, begitu juga sepupu aku durra sayang yang menetap di gombak. juga kebanyakan rakanku yang lain. argh. tension.
tambahan pula, aku rindu dia. sepanjang bulan satu ni, dia akan menjadi sungguh busy, aku pun busy juga dengan rutin mingguan aku. haih, another month tanpa berjumpa dia lah nampak gayanya. cantik... betul tak ayang? ;(
sebelum ni aku tak ada lah desperate gila na berjumpa dia, tapi aku rindu dia sebab lately aku asyik kena hasut dan dicucuk oleh manusiamanusia yang tidak beberapa berguna mungkin kerana mereka cemburu melihat aku dan dia bahagia. atau mungkin mereka persan diri merke itu bagus sangat sehingga berani memberi cacian nasihat yang sungguh tidak membantu. bukannya aku tak appreciate korang, tapi aku tahulah apa aku buat itu baik atau tidak, cukup lah korang jaga kain sendiri. aku pun tak pernah nak sibuksibuk hal korang kan? aku tahu korang tak suka, jadi fahamlah, okay?
wei, untuk information korang eh, kitorang plan nak bertunang soon, so back off lah. sekian, terima kasih. :)
lagi satu, kalau korang masih lagi hendak meneruskan perjuangan to fight the evil within me sebab syaitan dah menguatkan nafsu aku or whatever else bullshit there is, teruskan. tapi jangan marah aku kalau aku buat tak heran. hehe.