sebenarnya, kalau nak diikutkan, aku memang boleh mendapat keputusan SPM dengan cemerlang, gemilang, tebilang dan langlanglang. tapi masalahnya, hendak mencapai target sebegitu tinggi bukan senang. apa lagi bila kau selalu duduk di posisi kedua terakhir di dalam kelas setiap kali peperiksaan dijalankan. mmph, dek kata Sarah Kamarudin selalu, "aku percaya aku boleh terbang, tapi tarikan graviti bumi kata, 'tak boleh la Sarah oi.'" jadi aku pun jatuh terhempas ke permukaan bumi, muka didahului. ini bukan buku bertemu ruas lagi. haha.
SPM sudah pun bermula minggu yang lalu tepat tanggal 18 november 2009. aku pula, sibuk berkhayal ke alam maya. inilah yang berlaku jika anda ada kemudahan internet di rumah. tidak tahu jaga masa. kalau ya pun, mandi lah dulu kan? (masih tidak mandi lagi semenjak pulang dari sekolah.)
keadaan semakin menyenangkan jiwa. namun aku pula telah menggatal pada zaman remajaku untuk mengambil sastera inggeris dan seni visual. jadilah aku manusia yang digelar insan tak tahu mengukur kebolehan diri. (boleh sebenarnya, sebab tu ambil subjek lebih, pandai.) namun, aku tahu, melihat keadaan aku menjawab soalan-soalan bahasa melayu, bahasa inggeris, sejarah terutamanya, matematik, pendidikan islam dan est, aku palingpaling saja mendapat keputusan yang memuaskan. kot.
ya, ah yi. memuaskan saja. bukan "gerenti A punya". :P
aku tidak sabar untuk melambai SPM pergi. tapi, bila SPM sudah berakhir nanti, maka tamatlah riwayat aku di taman desa. selepas ini, aku yang harus menimba dan mencari ilmu sendiri, bukan baldi air sejuk yang timba aku pagipagi sebab kewajipan aku pergi ke sekolah. haha.
aku tidak sabar memasuki universiti sebenarnya. tapi kalau sudah di sana, apa yang patut aku buat? itu pun kalau aku dapat masuk universiti. aku ni bukannya pandai sangat pun, seperti yang selalu dikatakan ah yi. "fail, fail pun dapat A."
mm ya, apa-apa sajalah. aku tinggal enam subjek lagi sehingga penghabisan SPM iaitu matematik tambahan, biologi, fizik, sastera inggeris, seni, dan kimia. ha. aku akui, perasaan cemburu ada terputik di hati kerana melihat rakan-rakanku yang cuma tinggal empat subjek lagi untuk diambil. tapi, kalau dilihatkan, sastera inggeris dan seni bukanlah beban mana sangat pun. :)
oh, nak tahu pasal ah yi? (yalah, dari permulaan sampai sekarang, aku menyebut namanya beberapa kali sahaja. bukan macam dulu, bila aku boleh menulis satu karangan pasal dia. masih boleh, tapi aku tahu korang bosan membaca. dia bukannya hebat mana pun, kan? haha.)
mm, dia sihatsihat saja, Alhamdulillah. aku mendoakan kejayaan dia juga rakan seperjuanganku yang lain kejayaan yang tidak terkira dan masih mempunyai akhlak dan budi yang mulia. mungkin dia lebih sikit kot, tahulah, sudah dinamakan sayang. heh heh. >)
kami sudah putus. tapi masih bersama. habis cerita. <3