<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/750938006149678759?origin\x3dhttp://kejuatasroti.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Tuesday, October 13, 2009

tidak mungkin! @ 10:18 PM

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHH!!!!
telefon bimbit rosak! tak boleh jadi! aku tak boleh tidur sebelum menelefon dia dahulu! waaaaaa!

kejadiannya bermula begini:

tepat jam 4.30 petang tadi aku cuba menelefon dia. yang hairannya, aku tidak mendengar sebarang nada dering atau lebih dikenali dengan kata nama modennya, caller ringtone. hati aku berdegub kencang. dia mematikan telefon dia kah? tahu-tahu saja, diangkat kerana skrin paparan bertukar. aduh, pelik.

aku meletak ganggang dengan perasaan yang bercampur baur. aku kah yang merosakkan telefon kesayangan adik aku itu? mungkin sebab setiap malam sudah selalu sangat, sehingga telefon itu sudah lali dan muak mendengar tuturan kata yang dibalas antara aku dan dia. ahh! mengada! jadi aku mencuba telefon rumah aku. masih tiada dering. aku mendengar suara ku membalas 'hello' namun tidak pada telefon aku. aku meletak ganggang semula dan mencuba lagi untuk kali kedua dan seterusnya.

sehinggalah kali ke lima baru aku dapat nada dering semula. syukur Alhamdulillah. kemudiannya, aku mencuba telefon dia lagi untuk memohon maaf tentang awal tengah hari tadi kerana mummyku sudah pulang dari sekolah batu 16, jadi demi menyelamatkan hubungan kami untuk masih berkekalan, aku pun letaklah.

sekarang malam, telefon aku meragam semula macam petang tadi. hm, apa-apa sajalah. aku malas hendak berasa marah akan diri aku atau pada orang lain. lebih baik kemas bilik aku yang bersepah tidak tentu hala ni, lagi bagus. (nota: aku memang suka mengemas kalau rasa tertekan. ini semua usaha ke arah mengeluarkan peluh serta toksik dan kekotoran dalam badan aku. aku boleh!)

sekarang : mencuba fikirkan apa yang harus dilakukan seterusnya. baca buku? siapkan bahagian diari majalah sekolah? hm... tadi cikgu hazlinda berpesan kepada aku supaya pentingkan pelajaran. pada masa yang sama, aku juga harus seimbangkan waktu untuk menyiapkan tugasan aku yang seharusnya siap sebaik sahaja sekolah bermula pada hari rabu minggu hadapan. (TENSIONTENSIONTENSION!)

.selamat datang

hai orang yang tak ku kenali mahupun yang aku kenali, namaku Sarah. namun demi mengelakkan kekeliruan daripada berlaku, maklumlah dunia ini luas, maka digalakkan memanggil dengan ejaan Sarra atau Saraa atau Sara atau... ya, sudah jelas kan? orang kata, aku ini seorang yang baik tapi aku menafikan fakta itu kerana aku hanya seorang manusia biasa. aku kepunyaan seorang lelaki bernama Azeri, dan aku sayang dia, walaupun dia bukan teman lelaki aku. noktah.

.profil

tujuhbelas, desarian, merasakan diri ini sempurna dalam kepelikan, suka menyindir, dan gemar mencabuli penggunaan emotikon (: di setiap penghujung ayat.

.teman celoteh

Amar Amer Fateen Dayana Hafidzi Haris Hazirah Imaan Qisti Sarra Sue Yen Yong Sofea Zafran Zulkarnain

.diari

July 2009, August 2009, September 2009, October 2009, November 2009, December 2009, January 2010,

.layout

infravermelho