<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/750938006149678759?origin\x3dhttp://kejuatasroti.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Wednesday, October 14, 2009

apa-apa sajalah @ 9:56 PM

hai dunia.

tak banyak yang ingin aku suarakan di sini. cuma... aku gementar. peperiksaan tinggal hanya 39 hari lagi bermula esok dan aku masih lagi terkial-kial melakukan segalanya. akulah dia yang dinamakan perempuan tidak reti membahagi masa. akulah dia yang ingin melakukan terbaik, namun tiada motivasi, sokongan moral dan dorongan daripada orang-orang yang aku kasihi.

terutamanya si dotdotdot.

balik-balik aku telefon dia, kami berbual perkara sama. dia seperti tidak mahu melihat dan mendengar. tidakkah dia rasai dari getaran suara aku yang aku sebenarnya sayang dia? tidakkah dia rasai aku ingin dia bersama aku setiap waktu? tidakkah dia rasai aku tidak mahu mengkhianati dia? tidakkah dia rasai bahawa hanya aku seorang sahaja yang cuba mengekalkan hubungan supaya terus menjadi? tidakkah dia merasai bahawa kalau aku mahu ke lelaki lain, sudah lama aku melakukannya? tidakkah dia merasai bahawa aku sebenarnya sungguh cemburu melihat dia bersama perempuan lain? tidakkah dia menghargai aku? tidakkah dia menyayangi aku?

segala tindak tanduknya sangat bertentangan dengan apa yang dia ucapkan. katanya sayang, namun... kalau benar dia sayang, mengapa harus mengubah segala yang dahulunya dengan memberi alasan 'mereka lagi akan mencuba'? kata zarith, "lelaki ni sarah, kalau dia betul-betul sayang, dia yang tergila-gilakan. dia yang terkejar-kejar. kalau betullah, dia mesti sanggup berkorban. selama ni, siapa yang berkorban? sarah? dia tak malu kah? kalau zarith memang rasa bangga, tapi... tak kasihan kat sarah kah? sarah mesti letih jadi satu-satunya orang yang asyik menunjukkan inisiatif."

kebelakangan ini, banyak kata-kata hampa yang diutarakan orang ramai kepada aku supaya meninggalkan dia. aku... setia.

.selamat datang

hai orang yang tak ku kenali mahupun yang aku kenali, namaku Sarah. namun demi mengelakkan kekeliruan daripada berlaku, maklumlah dunia ini luas, maka digalakkan memanggil dengan ejaan Sarra atau Saraa atau Sara atau... ya, sudah jelas kan? orang kata, aku ini seorang yang baik tapi aku menafikan fakta itu kerana aku hanya seorang manusia biasa. aku kepunyaan seorang lelaki bernama Azeri, dan aku sayang dia, walaupun dia bukan teman lelaki aku. noktah.

.profil

tujuhbelas, desarian, merasakan diri ini sempurna dalam kepelikan, suka menyindir, dan gemar mencabuli penggunaan emotikon (: di setiap penghujung ayat.

.teman celoteh

Amar Amer Fateen Dayana Hafidzi Haris Hazirah Imaan Qisti Sarra Sue Yen Yong Sofea Zafran Zulkarnain

.diari

July 2009, August 2009, September 2009, October 2009, November 2009, December 2009, January 2010,

.layout

infravermelho