hari ni aku ponteng sekolah. tak tahu kenapa. rasa emo semacam. kalau pergi sekolah terasa macam nak terjun dari koridor. baik duduk rumah, tak ada risiko nak mati cepat.
sejak bulan tiga lagi aku terasa semacam. ramai orang sudah pergi tak kembali dan entah la. aku tak cerita pada mummy pada mulanya, akhirnya nicole memaksa aku untuk memberitahu. jadi aku pun ceritakan. mummy pesan supaya banyak istighfar, muhasabah diri. aku buat, rasa okay untuk beberapa bulan. tapi sekarang jadi balik. sebab nenek iman baru meninggal, atuk syaza pun sudah tiada lagi. nenek az pun. dengar khabar nenek aku sakit, atuk aku pun tidak berapa sihat semasa aku pergi program duduk di maahad.
mungkin perasaan aku saja, tapi itulah hakikatnya.
aku sudah beberapa kali mimpi daddy nak pergi. "daddy nak tidur sekejap saja..." tapi aku risau, sebab aku tahu di dalam mimpi itu dia tak akan kembali. pergi selama-lamanya. aku tahu mimpi itu mainan syaitan. dan ramai juga orang mengatakan kalau kita mimpi orang kita sayang akan meninggal, maknanya umur dia panjang. kalau mimpi jatuh gigi baru kita akan kehilangan seseorang. sigh. aku tak dengar sebarang berita daripada zarith sejak dia mengundur diri untuk memberi aku ruang kebahagiaan bersama az. tapi aku tak rasa bahagia sebab dia tak ada. aku perlukan dia, dan semua. sebab ajal tak kira umur. jadi kalau aku ada salah kata atau apa-apa kepada kamu, aku minta ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki. aku manusia saja, sama seperti kamu. aku pun melakukan salah dan silap.
jadi sebelum aku jadi tertekan, baik aku tulis ni, kan? semalam aku nangis tak tentu pasal. az keluar ym tak cakap apa-apa. sudah la masa itu aku tak nak beritahu dia satu-satunya rahsia yang aku simpan dari pengetahuan sesiapa kecuali mummy, daddy dan Allah. dan satu hari nanti, suami aku. aku tak nak mengaibkan diri aku, walaupun sebenarnya rahsia itu perkara kecil saja. tapi aku malu. aku harap dia faham itu.
sudah aku cakap begitu dia tidak balas, terus msn aku mati. aku dengan hati risau aku, online balik. tahu-tahu saja dia sudah keluar. aku apa lagi, nangis la. lepas tu aku berhenti menangis. kemudiannya sambung lagi sebab aku tidak tahu pada siapa aku harus mengadu. kakak aku sudah tidur. nak telefon zarith... jangan harap la. azlin mungkin sudah tidur. kalau am... aku menangis lagi kuat-kuat tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. memang sebetulnya az seorang saja yang aku ada. aku rasa keseorangan. aku tak mahu berhubung lagi dengan am. pedih hati aku memikirkan soalnya. jadi aku telefon azlin. dia pula pandai-pandai menghantar mesej kepada az. aku terkejut setelah mendapat satu mesej dari az pula, ketika aku sudah selesai menelefon azlin dan sambung menangis sebentar, lalu terlelap. ada lah yang dikatakan pada aku... tak usah aku menceritakannya.
dengan perasaan lega, aku membaca Basmallah dan doa tidur disertakan ayat Kursi lalu menidurkan mataku, badanku.
tiba-tiba dapat satu mimpi. aku jumpa az, dia senyum padaku dan aku senyum kembali. tapi kami tidak bergerak bersama. kemudiannya aku berada di perhentian bas di luar sekolah menengah bawah bersama raja, razan dan arisha. tak tahulah mengapa mereka ada di situ, tetapi aku mendongak kepala aku ke atas. cuaca di dalam mimpi itu mendung-mendung, cuma ada cahaya sinaran matahari disebalik awan kelabu. adegan tiba-tiba saja tukar dan aku terserempak dengan abang ayob. kami berada berhampiran tanah lumpur yang basah, dan az pula sedang berjalan di persisiran pantai. ombaknya boleh tahan juga, tidak begitu kecil, tidak begitu besar. sedang-sedang saja. aku duduk di sebelah abang ayob yang sedang memerhatikan az dari jauh.
"kau dah berapa lama dengan dia?"
"sebelum aku berjumpa dengan budak-budak maahad lagi," aku tipu. ya Allah, macam manalah aku masih boleh menipu di dalam mimpi? aku tak tahu mengapa, aku tidak mengawal diri aku di dalam mimpi. aku cuma dapat melihat dan merasakan apa yang aku rasa. jantungku berdegup kencang ketika solan ditanyakan. bagai di dalam kubur. Astaghfirullah. aku melihat riak wajah abang ayob sambil melihat az yang masih lagi berjalan perlahan, rambutnya dibuai angin pantai, kedua belah tangan di dalam kocek seluarnya berwarna kelabu. jelas di samping pasir putih berkaca. aku melihat muka abang ayob berkerut, hati aku berdegup kencang untuk mengetahui apa yang dia akan katakan. dapatkah dia melihat apa yang tersirat di belakang wajahku? dia menggelengkan kepalanya.
"aku tengok kau, bukan apa. baik. tapi kau boleh buat lagi bagus. tinggalkan lah dia. abdikan diri kau pada Allah."
aku cuma dapat mengangguk kepala tanda faham. tapi hati aku tidak setuju. apabila aku bangun, aku membaca doa bangun tidur dan berdoa lagi supaya malam ini aku mendapat jawaban jika memang betul mimpi itu dari Allah sendiri. mungkin sebab itu aku emo semacam kot. tak boleh nak fikir betul-betul. selepas itu mulalah aku menangis balik, tak tahu apa yang patut aku lakukan. aku turun ke bawah untuk bersarapan bersama adik-adikku tetapi aku sambung tidur balik. dan mereka pergi sekolah bersama daddy yang telah siap untuk ke kerja.
di saat aku menangis itulah yang aku sedar bahawa perasaan sayang aku kepada az bukan sekadar sayang saja.