rumah nenekku sepatutnya ada internet, tapi memandangkan mak ndak aku tak ada di rumah, maka aku terpaksalah menulis di dalam microsoft words saja. haha. terima kasih fungsi potong dan tampal! :D
JUMAAT;
jam 10.40 pagi hari jumaat telah aku dan keluargaku bertolak menuju ke kampung halaman tersayang. kami berhenti seketika di tapah, kerana daddy ditangkap oleh polis trafik membawa kereta laju-laju pada bila ntah di tahap minimumnya, 140 km/j. haha. polis bertugas itu siap beritahu lagi supaya berhenti di kuala kangsar, sebab ada saman lagi satu di sana. selesai itu, mummy mulalah buat lawak, tapi daddy marah. biasalah, lelaki. sakit hati bila kena saman. :P
kemudian kami berhenti lagi pada jam 12 tengahari di r&rbukit gantang, saja hendak membeli buah sedikit. kami berhenti lagi di r&r gunung semanggol pada jam 1.15 tengahari untuk mengisi perut dengan makanan berat. nasi ayamnya boleh tahanlah… pada mulanya aku dan adikku berkongsi pinggan kerana hendak mengalas perut sahaja, sekali aku pun beli lagi satu pinggan. dah lapar, nak buat macam mana.
kami selamat tiba di halaman rumah nenek jam 3 petang. siap memunggah barang dari kereta ke dalam, aku membantu kakakku membersihkan ruang di tingkat atas. atuk sudah ubahsuai lagi, jadi lebih gelap. haihh. sudah tu, berhabuk pula. ingat hendak menyapu saja tapi aku mop terus. habuknya, masya-Allah.
jam empat baru aku rasa selesa untuk menunaikan solat zohor. aku sudah boleh jamak dan qasar, tapi malaslah. sudah sampai ke destinasi, tak ada salahnya hendak menunaikan ibadah secara penuh. hehe. seharian duduk di rumah saja, maklumlah, letih. nenek bawa pulang enam bungkus laksa setelah aku sudah siap memasak udang lemak cili api. huhu. pagi hari sabtu tu jam 4 aku bangun sebab semput gila. tak boleh nak tidur dengan enak, jadi aku pun terpaksalah mengambil ubat mummy sementara aku pergi ke klinik pada siang nanti. malas hendak siap, lagipun kesian pula daddyku nak bawa aku waktu pagi-pagi buta.
SABTU;
bangun-bangun saja aku rasa semput lagi. aku pun curi-curi ambil ubat mummy sementara tunggu daddy bangun nak pergi ke klinik. aku mulanya tak mahu, tapi ah, bedal sajalah.
mummy, nenek dan atuk sudah pun pergi ke rumah cik yam (jiran nenek yang anaknya akan berkahwin pada hari ahad) awal-awal lagi. jam 12 tengah hari baru daddy bangun, kerana aku tidak dapat menahan sakit lagi dan mengejutnya. sempat lagi dia mandi, pakai minyak wangi dan hhisap rokok. aku ini sudah hampir nyawa-nyawa ikan.
sesampai nya kami di klinik, jururawat kata doktor akan masuk jam 2, dalam 30 minit lagi. dadaku tiba-tiba panas, tapi aku beristighfar lalu daddy, aku dan adik-adikku yang penyibuk pergi ke kedai runcit untuk membeli makanan-makanan tak berkhasiat untuk membuang masa. hahaha. kami pun apa lagi, syok la beli-belah. kehkeh.
mm, selepas itu, kami pulang ke klinik dan doktor bagi ceramah yang sama sewaktu merawat aku. aku angguk kepala, sudah lali mendengar perkara yang sama padahal aku bukan jatuh sakit sebab minum ais atau apa-apa. sebab laksa semalam yang aku makan. >.<
aku malas nak tegur doktor tu, egonya melahap tinggi siling. tengok saja sudah tahu. pulang dari klinik, kereta avanza pak long ku sudah tersidai di perkarangan rumah. yasmin apa lagi, melompat-lompat keluar kereta, dapat berjumpa dengan sepupu-sepapat yang otak mereka lebih kurang sama karat dengan aku. haha. sepanjang hari aku hanya duduk di rumah, malas nak pergi ke rumah cik yam sebab aku tahu anak lelakinya, cik e, mesti ada di sana. bukannya aku tak mahu berjumpa dengan dia, tapi entah la. rasa malu. ada ke aku mase kecik-kecik dulu asyik berkepit dengan dia saja ? dia masuk hutan, aku pun ikut. sama-sama kami telah dikejar angsa, dikejar ayam, sama-sama mengaji, sama-sama mandi kolam dekat hutan lipur. senang cerita, kalau dia duduk di paha kanan, aku ada di paha kiri. mmph. dan sekarang, apabila kami sudah besar panjang begini, rasa malu.
dia tak kacak mana pun. siap ada misai lagi, seingat aku. sudah tu, sok sombong dengan nenek atukku. kalau dengan aku siap lagi nak memandang jeling. minta ampun lah, aku tak minat orang macam tu. dah la ada gaya mat rempit. tu yang buat aku malas nak bersua hidung dengan dia. tapi tak tahulah nanti di kenduri kakakknya macam mana aku nak elakkan diri aku daripada bertembung. huhu.
AHAD;
aku bangun lewat gila. dalam pukul 10 pagi kut. tahu-tahu mummy sudah bising suruh siap nak pergi kenduri kak long. mm, aku pun, layan sajalah. kalau nak balas balik, derhaka. hehe. jadi dengan semangat yang tak banyak mana pun, aku bersiap. pakai baju kuning bunga merah jambu! hahaha. jalan kaki pergi sana, maklumlah, dekat sangat. sampai-sampai jumpa dengan cik yam. baru aku sedar aku rindu gila dekat dia, dekat orang-orang kampung. huhu. nampak kak ngah dulu, tapi tak tegur la sebab mamam dulu. lauk ala-kadar saja, kari ayam, daging masak kicap, erm... ape lagi ek? entah la. sayur kerabu... dan ayam masak merah, tapi kita orang tak dapat makan tu. hahaha. lepas tu nampak cik e. bleh. aku kadar jeling mata saja dengan dia, dia tak nampak pun aku. pastu nampak adik dia, haikal. ya Allah, besar dah anak aku yang aku jaga dulu tu. sedih gila bila tak dapat nak layan dia. tapi dia tak rasa apa-apa pun kut.
selesai makan, aku dan yasmin gerak masuk rumah cik yam yang baru. berapa kali dia dah pindah pun aku tak tahu, tapi tu tak penting. yang pentingnya aku dapat tengok bilik pengantin, dapat tengok pengantin perempuan. memang kelam kabut gila masa tu. aku tolong solekkan kak long (pengantin perempuan tu lah) sebab mak andam tak sampai-sampai lagi bawa baju kahwin dan cadar untuk katil. ahahha. dia pakai baju akad nikah dia. dah habis tolong, balik rumah nenek. mummy suruh cepat-cepat siap sebab nak pulang rumah. eh... nak kata nangis tu, memang tak ada, tapi aku dah mula rindu. huhu. masa dalam perjalanan pulang, cik e ternampak lah muka aku yang sungguh hodoh ni. dia boleh lagi, tengah bawa motor pandang aku sampai tak nak lepas tengok? aku senyum saja. adeh, boleh tahan la mamat ni. tapi ala-ala orang barat kata, "not my taste." ahahha.
sudah pulang tu, aku tersenyum saja bila teringat akhir tahun tahun lepas.
masa tu pak ndak kahwin ngan mak ndak dan kita orang (daddy, aku, cik yam, kak long dan sorang lagi) dah dalam kereta, nak pulang sebab dah habis makan semua. kemudiannya, cik yam kata lah;
"lepeh ni, mak su (nenek aku) tak da dah nak pikiaq buat seghabut pala otak pasal anak-anak dia nak kahwinkan ngan sapa. sekaghang tinggal cucu dia la. kak long! (aku lah tu)"
daddy ku gelak tiba-tiba.
"boleh, tapi kak long cik yam dulu kena kahwin!"
kita orang pun apa lagi, gelak berdekah-dekah bukan main. tahu-tahu saja, kak long cik yam dah kahwin. aduh, aku mula rasa tak senang hati. tapi betul, nenek aku sekarang tak payah nak fikir pasal anak-anak dia sangat sebab bujang terakhir dah kahwin. ahahhaa. aku lah mangsa lepas ni. haha. tunggu lah dulu, ya nek? kak long nak belajar dua tahun dulu baru cari jodoh.
ataupun dah memang ada calon, tapi tunang dulu. ahahahha. >P tak boleh belah la. dia kata nak bawa aku balik kampung dia tahun depan. jumpa mak cik dia. aku panas telinga dengar, kecut perut sebab gelak banyak sangat. yeyeoh saja dia tu. hehe.
hari ni aku tak pergi sekolah. sakit perut tak tentu pasal. mungkin sebab tak makan malam semalam kut. aku telefon dia sampai 45 minit. entah-entah bil naik lagi. waaaah, hebat betul kau, sarah. haha. cari penyakit. tapi kan, aku ada telefon dia sampai satu jam setengah, tapi berhenti-berhenti lah. bukan terus macam tu, gila terbakar aku punya telinga. kahkahkah.
kat sana aku macam gila. tidur lambat sebab ingat dia, bangun pun lambat sebab dia. ahahhaa. rinduuu! dah tu, balik-balik lepas urut mummy, aku telefon dia. aku dalam hati ni dah mula risau nanti dia nak cakap apa dengan aku. tahu sajalah, baru balik dari kem motivasi, mana tahu dia ada suntikan-suntikan yang apa-apa dalam badan roh dia tu. nasib baik tak, kalau tak, terpaksa aku terima macam tu. nak buat apa, bukan jodoh la katakan. mm. yang aku jeles tu, dia dapat pergi, aku tak! mesti banyak awek-awek cantik kat sana. tak apalah, biar dia dapat cuci mata. dah boring kot dia tengok muka aku yang hitam dan penuh berjerawat ni. haih.
tak apa, aku bersyukur sebab Allah masih lagi bagi wajah yang sempurna kat aku, tak ada cacat-cela. (: