aku tidak kenal siapa dia yang sebenarnya. tapi apa yang pasti, aku sayang dia. demi Allah, aku tak tipu. aku akui yang aku ini seorang yang cepat cemburu, namun apabila aku berada di sisi dia, aku terasa sangat dihargai walaupun ramai perempuan yang berlumba-lumba untuk digelar sebagai kepunyaan dia. mrs. az la kononnya. ramai-ramai jelitawan di luar sana, mengapa aku? itu salah satu sebab aku sayang dia. bukan kerana dia kacak dan menggoda tetapi kerana dia pilih aku. aku, bukan perempuan lain.
aku tak tahu kalau dia hanya bergurau senda tentang ingin memperisteri aku, tapi insya-Allah. kalau memang jodoh aku dengan dia, maka aku tak akan menolaknya. aku sayang dia kuat-kuat. ketat-ketat. dialah buah jantung pisang hati aku dan aku tak nak melepaskan dia, biarlah walaupun dia busuk. dia kata, "orang yang paling kita sayanglah yang susah kita nak sayang." ada kebenarannya. dalam banyak hubungan aku dengan lelaki yang lain, dia seorang sajalah yang aku betul-betul terasa kelainan. bukan kelainan dari segi fizikal, maklumlah, akukan seorang yang hodoh dan memang berhak mendapat seorang lelaki yang sama taraf dengan aku, tapi dari segi perasaan. kalau dulu aku boleh rasa sayang cinta dengan pasangan aku, dengan dia, aku rasa sayang saja. tak lebih, tak kurang.
dia mungkin tidak tahu perasaan aku ini, dan aku tidak akan bakal memberitahu dia. tapi, aku mahu satu alam semesta tahu. supaya menjadi bukti kepada dia bahawa aku tidak pernah akan tinggalkan dia demi apa-apa pun -- lelaki, wang, perasaan -- melainkan dia yang membuat kata putus. talak! aduh, aku tidak mahu itu. minta simpang sajalah ya? saya sayang kamu, azeri muradi. sungguh.
sudah lewat malam, namun dia masih lagi online. dan aku tidak akan tinggalkan komputer ribaku selagi dia tidak mengucapkan selamat malam padaku.