tarikh 22 julai akan menandakan hari yang aku harus menghatar folio seni aku. Alhamdulillah, tidak perlulah aku tergesa-gesa sehingga tinggal nyawa-nyawa ikan untuk menyiapkan tugasan yang lama-kelamaan ku terasa ingin mencampaknya ke luar tingkap. okay, aku terima rungutan- eh, silap. komen daripada guru seni aku, puan razani bahawasanya aku ini sangatlah pemalas. aku boleh menerima hakikat itu. tetapi yang membuat aku hendak mengoyak rabakkan helaian kertas a3 aku sehingga tinggal debuan sahaja adalah dia merungut kepada mummyku. bukan itu sahaja, malah dia bising kepada mummyku yang akhirnya pulang ke rumah dan terus memaki hamunku kerana tidak menyiapkan tugasan yang diamanahkan.
suka hati akulah nak buat cepat atau tidak. grr.
walaupun aku gemar membuat sesuatu pekerjaan pada saat akhir, namun hasil yang aku perlihatkan kepada mereka amatlah memberangsangkan. sudahlah dengan mengingatkan aku di hadapan guru-guru lain, tidak perlu menghebohkan hal ini kepada mummyku. sakit telinga yang aku rasa kemudiannya tidak setanding dengan sakit jiwa yang aku sedang mengalami. aku lali untuk memarah sesiapa saja. hanya membazir air liurku. bukannya membuat sesorang itu mendengar, semakin menutup lubang telinganya ada lah.
tadi mummy berkata samaku, "kau ni. siapkan mana yang penting dulu. ini tidak, asyik menatap komputer tu."
ya, aku memang suka menatap komputerku. kerana alat teknologi inilah yang membekalkan aku perkara yang aku perlukan untuk mereka grafik. bila difikirkan, komputer ini jugalah yang akan membantu aku untuk mendapat nasi sepinggan pada masa akan datang. haha. baiklah, aku harus pergi. kalau dilihat duduk di hadapan komputer ini oleh mummyku lagi, selamat tinggal dunia multimedia. ;P