
aku merupakan salah seorang daripada ahli jawatan kuasa sidang redaksi dalam bahagian grafik pada tahun ini dan baru-baru ini aku telah menyiapkan satu tugasan yang penting iaitu untuk mereka muka depan majalah sekolah edisi ketiga tahun 2009. ini merupakan satu beban yang amat tinggi yang telah diletakkan pada bahuku dan aku sangatlah gementar apabila aku hendak membentangkan kepada guru editor hasil yang telah aku buahkan dalam hanya tiga hari. walaupun aku telah dianugerahkan kehormatan ini sejak awal tahun lagi, tetapi aku mempunyai satu sikap yang amat buruk yang suka menangguhkan sesuatu pekerjaan mengikut angin aku pada hari itu.
tema pada tahun ini adalah keamanan dan kemakmuran dan sesungguhnya tema ini telah menjadi satu cabaran untuk aku menghasilkan sebuah muka depan yang berkualiti tinggi. seperti yang tertera di hadapan biji mata anda, gambar di sebelah merupakan hasil titik peluh juga malam-malam yang aku tidak dapat memenuhi kuota jam tidur aku. ini mungkin kelihatan seperti satu gambar tetapi bukan. tiga gambar telah dimasukkan dan dieditkan supaya dapat mengaburi penglihatan mata insan-insan seperti anda yang kemudiannya telah melalui proses pencerahan, penambahbaikan warna juga kualiti pixel. selepas ini, ada kemungkinan aku akan melakukan dua atau tiga lagi variasi tetapi amatlah digalakkan supaya tidak berharap kerana aku ini sangatlah 'rajin'.
selain ditugaskan untuk membuat muka hadapan majalah sekolah, aku juga diarahkan untuk membuat pembahagi majalah seperti nadi, laporan akademik dan kokurikulum, album kelas dan sebagainya. dan mentang-mentanglah aku ini memang mereka labelkan sebagai 'pereka grafik terhebat sekolah' (haha, dalam mimpi aku), guru kelas aku telah mengambil kesempatan untuk menugaskan aku membuat dekorasi pada satu muka surat yang khas disediakan untuk kelas-kelas warga tua taman desa. sudahlah begitu, bahan yang aku perlukan berada di dalam posisi tangan hafidzi dan dia ini amatlah susah untuk aku hubungi. kononnya dia akan menguploadkan gambar-gambar ke dalam akaun facebooknya, tetapi tidak ku lihat pun.
oh ya, pada malam hari khamis (malam jumaat lah, pandai) aku dengan sikap bersahaja aku membuka majalah-majalah sekolah pada tahun-tahun yang lepas. dan dengan penuh kebetulan, aku terlihat wajah lelaki aku terpampang dihadapan batang hidung aku. kemudian aku ketawa seorang diri bagai orang gila -- haha, macamlah aku ini tidak gila di permulaannya. bukan apa, kelakar melihat dia. posing maut dia memang menarik perhatianku. huahuahua. okay, aku bergurau saja. tetapi senyuman dia memang tidak boleh aku lupakan. sayangnya di dalam gambar kelas tahun lepas, dia telah memaparkan satu ekspresi muka yang memang aku rasakan dia tidak patut lakukan. bagai orang baru lepas bangun tidur saja yang dipaksa untuk berdiri bersama rakan sekelas yang lain. hahaha.
tapi apa yang pastinya adalah dia masih lagi berjaya membuat aku menatap air mukanya untuk lima minit lamanya. untuk pengetahuan anda, aku tidak obses sama dia. cuma terpikat sehingga tahap kritikal. kahkahkah!
kamu ada senyuman seorang penyayang. kamu mengambil berat tentang sesiapa saja yang kamu mempunyai hubungan rapat. memang sukar pada orang lain untuk marah kamu pasal apa-apa saja, memandangkan kamu ini terlalu baik. sesiapa yang kamu sedang keluar dengan berasa sangat sayang pada kamu, tetapi kamu ada sikap untuk menjadi terlalu obsesif. kamu selalu memberi kepada semua, jadi duduk dan berehatlah seketika dan gembirakan diri kamu pula.
-- dipetik daripada keputusan kuiz 'senyuman manakah kamu?'
baiklah, terbukti aku salah. ahaha. sudahlah, bazir masa saja membaca nukilan aku yang merapu-rapu ini. heh. ;P